Pejam celik hampir pertengahan bulan Januari 2014 sudah. Semestinya kita ada azam yang nak dicapai. Paling tidak pun kita ingin berjaya. Macam tu juga saya.. Feb 2013 saya telah menapakkan kaki untuk sambung master by research...ketika saya berani menapakkan kaki azam saya pastinya nak grad dan terbayang hari konvokesyen saya...my dream :)
Saya rasa begitu cepat masa berlalu setahun sudah berlalu dan bulan depan setahun saya belajar..apa progress saya? tahap mana dah saya ni? berapa peratus lagi nak habis? dah stage mana?
Awal tahun sewaktu saya nak pergi ke surau seorang rakan saya tegur..
"yati..tahun ni habiskan..bln 9 konvo?" kata Amir.
Saya selamba menjawab" inshaAllah boleh".
Jika nak tahu orang yang sama pernah menyapa saya sewaktu hari terakhir saya mengemas barang-barang dilab 2008, tinggalkan Malaysia.
"yati..habiskan study..jangan ko termasuk dalam statistik MIA"..kata Amir juga.
Saya sengih jer masa tu..sekali tu kata-kata Amir benar..masin mulut dia ni..hihi.
Harapan saya mudah-mudahan kata-kata semangat Amir pada awal tahun ini akan menjadi kenyataan. Amin. Jadinya azam saya yang pertama ialah berusaha submit final draft bulan Jun.
Tahun ni..09 Januari 2014 saya telah membuka kedai. Kepada pembaca notakecil-ini saya menjemput anda semua datang ke kedai saya yang saya namakan N.J shoppe ..nak tahu kedai saya dimana..kedai saya terletak x jauh boleh datang bila-bila masa yang anda rasa anda free..
Jemput ke kedai alam maya Facebook.
https://www.facebook.com/pages/NJ-Shoppe/177272809150586
..jangan lupa like :)..
Jika ingin merasa kenakkan pretzels sama ada sebagai snek, hadiah birthday..hadiah konvo..hadiah untuk mak bolehlah membelinya di N.J shoppe. Terima kasih.
Sementara ni kedai saya baru jual satu product..inshaaAllah masa-masa depan mana tahu ada produk lain..tapi buat masa ni biarlah fokus dan pepatah cina kalau nak berniaga jangan tamak.
Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran jangan lupa ..dengan segala limpah nikmat yang diberikan...yang penting masih merasai nikmat Iman dan Islam kan. Semoga tahun 2014 menjadikan kita lebih bersyukur dan berazam untuk tingkatkan amal-amal menuju kesyurga..kerana tiada kejayaan yang lebih tinggi selain dijemput ke syurga. Amin.
Semoga tidak berhenti berusaha..nak berjaya kena berkorban !
2014 bermula...................................................................tamat.
Isikan tempat kosong dengan sesuatu yang memberi impak positif..yuk!
Terima kasih lagi sebab datang dan membaca blog notakecil-ini..;)