Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Tiada kata yang boleh saya tuturkan kecuali kembalikan segala-galanya kepada Allah s.w.t.
Saya rasa begitu berat untuk menulis keadaan saya sehinggalah hari ini,sedikit kekuatan untuk dikongsikan dengan yang pembaca notakecil ini. Tulisan ini juga nota untuk diri saya yang sering lupa...
Alhamdulillah sesuatu yang sangat saya takut telah saya melepasinya. Bayangkan diri saya yang tidak suka makan ubat dan jarang sekali sakit, telah ditetapkan oleh Allah untuk saya memasuki dewan bedah pada 29 November 2010 di Royal Halamshire Hospital Sheffield. Saya telah mendapat tarikh tersebut dua minggu awal, hanya kepada Allah yang tahu perasaan saya dan kemungkinan-kemungkinan yang doktor akan buat kepada saya.
Sakit Perut
Simptom yang selalu saya rasa adalah sakit perut disebelah kanan. Saya selalu mengadu sakit perut lebih-lebih lagi ketika nak haid. Rasa yang tak pernah saya rasa bermula hujung bulan tahun lepas. Pada mulanya saya rasa senggugut tetapi dua tiga bulan selepas itu saya dapati sakitnya bukan waktu period sahaja, dan rasa mungkin saya ada masalah penghadaman ataupun gastrik. Saya berjumpa doktor dan saya kata saya sakit sebelah kanan dan bila saya sakit saya banyak sendawa angin dan perut saya bunyi krak keriut macam lapar. Akhirnya doktor kata saya ada masalah penghadaman. Dan bagi saya makanan tambahan berupa fiber. Dan bila saya makan makin sakit saya rasa. Akhirnya saya cuba ambil diet yang sihat, makan yogurt drink, roti yang berserat dan susu segar. dalam sebulan kurang sikit sakit. Tapi sejak bulan Ramadhan semakin terasa sakit...bila sakit sakit sesangat dibahagian belakang dan sengal-sengal dikaki kiri. Saya tidak boleh duduk dan baring pun tak boleh statik. Saya cuba tuam dengan hot water bottle..rasa lega kekadang tidak tahu bila saya tidur. Dan hidup saya untuk menahan sakit hanya dengan makan panadol 8 jam sehari. Dan saya berdebar-debar bila 8 jam berakhir sebab sakitnya pasti saya terasa. Sakitnya ,Allah sahaja yang tahu dan apa perasaan saya. Kasihan saya tengok Jannah dan suami...tapi apa kan daya saya dengan ujian kesakitan ini. Suami yang tahan dengan kerenah saya bila saya sakit...kekadang sikap saya tanpa saya sedari mengguris hatinya, mohon kemaafan.
Ultrasound.
Sampailah pada bulan Ramadhan saya pergi jumpa doktor GP , dan kali ini saya cakap benda yang sama saya sakit perut sebelah kanan dan tak hilang-hilang dan bertambah teruk, dan akhirnya doktor kata dia buatkan temujanji hospital untuk ultrasound. Sedikit kelainan di UK semuanya kena buat temujanji dan saya kena bersabar kerana temujanji tu sebulan akan datang.
12 Oktober 2010
Ultrasound saya yang pertama di Northern General Hospital, pepagi kena minum lebih kurang 1.5 liter air masak. Saya pun pergilah dan bila dia scan tetiba ultrasound technician tu tanya berapa lama dah saya sakit? Saya cakap dah dalam 3-4 bulan. Kemudian dia cakap saya ada cyst di ovari kiri dan kanan. Bila saya tanya lebih banyak ,dia kata keputusan akan dihantar ke GP dan akan sampai dalam masa dua hari dan doktor akan rujuk saya ke Gynaecology.
Sejak daripada hari tu saya hati saya tak tenang dan mulalah cari maklumat kat internet, bercampur hati yang risau apakah yang akan saya lalui seterusnya. Sehari selepas saya dapat panggilan dari GP , masa tu saya di tempat kerja bila dapat panggilan saya sudah rasa pasti sesuatu yang serius. Air mata mengalir deras dan rasa nak berlari balik, disebabkan ditempat kerja saya tidak ada orang Melayu, kawan mat saleh saya yang saya panggil Kay lah tempat saya meluahkan kerisauan saya. Serba sedikit tentang Kay, Kay berumur dalam lingkungan 40 an dan dua tiga masuk hospital disebabkan kanser kulit dan kelenjar tekak dan telinga. Walaupun begitu dia masih bekerja dan menjalankan aktiviti seperti biasa demi dua orang anak yang tinggal bersamanya. Dia memberi kata-kata semangat dan memberi saya harapan selepas ini saya mesti akan sihat. Rasa lega dihati dapat berkongsi rasa.
Dua hari selepas itu saya berjumpa doktor, dan doktor kata saya ada cyst dan kemungkinan endometrosis. Doktor siap printkan saya maklumat tentang endometrosis daripada internet. Namun dia kata itu jangkaan dia dan doktor rujuk saya kepada pakar Gynecology dan tetapkan tarikh temujanji seminggu akan datang.
Gynecology
Masih saya ingat hari Rabu tengahari selepas kerja saya tumpang rakan sekerja, Lesley namanya dan dia hantar saya dihadapat Weston Park. Disitu saya tunggu suami dan Jannah sebelum kami berjalan kaki bersama untuk ke Jessop Wing. Untuk pertama kali Jannah menemani saya untuk berjumpa doktor.
Lebih kurang 2 petang nama saya dipanggil dan doktor yang akan bertanggungjawab adalah Dr Selby. Doktor perempuan dan tak lekang dari senyuman dan redup mata simpati bila bercakap dengan saya. Doktor ingin membuat scanning dalaman tetapi belum sempat apa-apa saya terus terasa sakit dan doktor serta merta berhenti dan minta maaf dengan saya. Walaupun saya tidak rasa sakit pada awalnya kerana makan panadol namun sampai satu tahap hanya otak saya sahaja tidak memberitahu saya sakit tetapi realitinya saya sangat sakit.
Setelah saya kembali tenang dan saya kembali duduk disisi doktor dan doktor terus mengatur temujanji untuk saya untuk pembedahan. Doktor memberitahu kepada saya dia mungkin akan buat Laparoscopy dan +- Laparotomy. Pembantunya memberi saya segala maklumat tentang prosedur pembedahan termasuk General Anasthatic dan risiko-risiko dari pembedahan. Tiga tarikh berturut-turut untuk saya dalam dua minggu lagi.
Pada 27 November 2010 final ultrasound, kali ini menggunakan ultrasound bayi kerana ia lebih jelas dan lebih tepat. Keputusannya masih saya tidak tahu dan saya terpaksa menunggu keesokkan harinya.
Pada 28 November 2010 saya ada temujanji dengan doktor Selby yang akan buat pembedahan . Doktor kata imej cyst saya besar dan dia anggarkan dalam 7cm - 10 cm. Akhirnya doktor pakar kata dia akan buat laparotomy dan +- buang satu ovari. Ini adalah kali kedua saya berjumpa doktor tersebut dan kali ini saya redha cuma bila doktor tanya saya ada apa-apa yang saya nak kata..saya kata saya takut jika doktor buang ovari saya. Namun dengan wajah yang tenang,doktor kata dia akan cuba yang terbaik dan akhir kata kita jumpa pagi esok.
Malam tu saya berjumpa dengan Jannah sebelum dia dtidur dirumah Ume dan saya peluk cium dia dan tak semena-mena Jannah menangis sambil memeluk saya erat. Saya dan suami tenangkan dia dan berkata InsyaAllah semuanya akan baik dan mama akan sihat.
29 Oktober 2010,
Selepas subuh bersama beg pakaian saya dan suami meminta bantuan Ume untuk hantar ke hospital di bahagian pembedahan di Royal Hallamshire Hospital. Sampai di kaunter fail maklumat saya dikeluarkan dan saya diberi tag d pergelangan tangan. Saya dan suami diberi tempat duduk disisi katil. Saya menunggu selama setengah jam dan kemudian datang nurse ambil tekanan darah dan beritahu saya apa yang berlaku seterusnya. Saya diberi kotak untuk meletakkan pakaian dan barang-barang berharga untuk dibawa ke wad selepas pembedahan. Saya diberi stokin khas dan baju untuk dipakai sebelum masuk ke dewan bedah. Saya diizinkan untuk memakai tudung dan cermin mata. Giliran saya adalah yang kedua dan pembedahan akan bermula dalam pukul 10 pagi. Selama dua jam saya menunggu giliran dan hati yang gemuruh saya sejukkan dengan membaca al-quran. Akhirnya 9.45 pagi seorang nurse dalam lingkungan 40an datang dengan senyuman dan meminta izin suami untuk membawa saya untuk ke dewan bedah. Sempat jururawat menyuruh saya beri satu ciuman kepada suami dan memesan kepada suami supaya bawa bunga dan coklat pukul 12 tengahari nanti. Saya pun berjalan dan dibawa ke satu bilik. Di bilik yang kecil saya diminta baring diatas katil dan tangan saya disuntik bius sedikit demi sedikit. Hati dan lidah saya tidak lupa mengingati yang Berkuasa. Dan tanpa saya sedari saya terlelap. Masa dua jam begitu pantas dan saya tersedar dan mulut saya masih basah mengingatiNya, saya fikir saya masih dibilik bius tapi saya dapat merasa sedikit kelainann perut saya sakit, dan hati saya terus kecut.dalam hati doktor tengah rawat saya ker...tak habis lagi ker....Saya begitu fobia dengan rasa sakit. Sedikit demi sedikit saya buka mata dan saya dapat melihat dua orang nurse sedang betul-betulkan selimut saya dan terus saya rasa sejuk dan terus nurse membalut saya dengan selimut berlapis-lapis. Rupa-rupanya saya telah berada di wad dan pembedahan telahpun selesai.
Saya ditempatkan di wad yang sangat selesa, hanya ada empat buah katil dan saya seorang sahaja diwad. Setengah jam kemudian suami datang. Lega rasanya. Saya masih lemah dan tekanan darah rendah. Doktor masukkan saya air, buang air kecil dengan catherer dan di perut sebelah kiri saya ada saluran yang dimasukkan untuk mengeluarkan lebihan darah. Terasa tidak selesa ,namun apakan daya badan tidak bermaya. Dihari kedua nurse meminta saya bangun dan cuba duduk dikerusi. Saya boleh bangun dan duduk tetapi hanya 15 minit saya berdaya dan saya kembali baring dikatil. Terasa masih sakit ditempat jahitan. Bila terasa sakit nurse beri saya suntikan mofin dan ada masa dia beri saya panadol. Tetapi saya lebih serasi dengan panadol.
Hari ketiga saya lebih rasa selesa sebab saya bebas bergerak tanpa yang bersangkut dibadan. Cuma semasa nurse nak tanggalkan saluran darah dari perut saya, dia sempat kata kat saya banyak-banyak benda benda nilah yang paling'worst'. Nurse minta saya tarik nafas sedalam-dalamnya dan bila dia kata hembus, saya hembus nafas dan nurse terus tarik dan tarik tiub dari perut saya hinggalah tak cukup hembusan nafas saya nurse masih belum selesai menarik tiub tersebut. Semput saya dibuatnya dan rasa ngilu sesangat.
Hari keempat saya bertambah kuat dan boleh berjalan ke tandas sendiri. Saya telah diberi makan nasi dan lauk seperti biasa, tiga hari lepas saya hanya dibenarkan ambil light diet seperti makan roti,sup dan buah. Layanan nurse memang baik dan rasa best juga berehat di hospital. Doktor tanya saya nak balik bila sepatutnya hari ni saya dah boleh balik tapi saya minta lagi sehari. Ikut rasa dihati ingin minta lagi dua hari tapi setelah mendengar nasihat seorang adik yang telah pun bergelar doktor, "akak tak elok duduk hospital lama-lama sebab mudah dapat jangkitan kuman, baik-baik sihat boleh sakit lagipun dirumah akak boleh banyak bergerak dan baik untuk mencegah blood clot daripada terjadi". Bila dengar nasihat Dr. Jihan terus bersemangat nak balik.
Hari kelima, pepagi doktor datang dan kata saya dah boleh balik. Walaupun pagi diberi balik tetapi jam 5 petang baru betul-betul saya boleh balik setelah segala ubat dan maklumat tentang penjagaan diri dirumah saya terima bersama kad temujanji sebulan akan datang. Dan saya diberi cuti selama 6 minggu. Lebih kurang pukul 6.30 suami datang dan saya pulang ke rumah.
Minggu pertama dirumah saya makan Gamat Healin dan kapsul Ikan Haruan. Alahmdulillah mak dan abah mertua datang semata-mata untuk membantu anak, menantu dan cucunya. Saya boleh berjalan perlahan-lahan dan saya boleh duduk dikerusi tetapi dalam 30 minit saya baring semula.
Minggu kedua saya dah mula boleh turun naik tangga, makan pun dah boleh makan di bawah,tak perlu suami bawa keatas makanan. Saya boleh menaiki kereta tetapi kena beralaskan bantal dibelakang. Rasa segar dapat menghirup udara luar.
Minggu ketiga jahitan saya jenis yang akan hilang sendiri semakin hilang, cuma denyutan dalaman masih terasa. Saya masih minum gamat healin, alahmdulillah jahitan cepat baik. Minggu ni juga pertama kali saya berjalan agak jauh dan mak mertua menemani saya pergi ke sekolah Jannah sebab ada sambutan hari raya Adha.
"Mama why are you coming? I know mama, because this morning I wish to Allah please let Mama come. "Jannah yang gembira melihat mama dan wan datang kekelasnya.
"Really Jannah, Allah always make you wish come true.." jawab saya sambil memeluknya.
Saya masih ingat dua hari selepas saya pulang kerumah dan suatu malam sebelum tidur jannah toleh kearah saya,
"Mama do you still feel pain?"
"Yes, why?" tanya saya yang agak pelik dengan soalan dia.
"But you can talk talk dan laugh with me" jawabnya. Bila saya dengar jawapan jannah saya teringat masa saya sakit, saya jarang bercakap dan bercerita dengan dia dan saya cepat nak marah. Mungkin dia nampak perubahan saya..dan saya rasa kasihannya dengan jannah, insyaAllah jannah mama akan sihat dan jaga jannah.
hari kedua di
Royal Hallamshire wad G2
Royal Hallamshire wad G2
Pada suatu malam sebelum tidur saya selalu chit chat dengan jannah.
"Mama, I want to be a doctor"
"Why? Last time you said to me you want to be a someone working in the office" .
Saya agak terkejut dengan kenyataan tiba-tiba dia ingin jadi doktor sebab sebelum ni ayah dia selalu cakap nanti dah besar Jannah jadi doktor yer dan selalu jawapan yang keluar adalah NO. Tapi malam ni lain pula.
"Because mama, doctor make you happy and feel better, doctor is very kind to people. That's why I want to be a doctor".
"InsyaAllah jannah" sambil mencium pipinya dan dalam hati saya inilah hikmah dan disini saya tahu anak saya adalah seorang yang tak reti duduk diam dan suka berinteraksi dengan orang.
"Mama, I want to be a doctor"
"Why? Last time you said to me you want to be a someone working in the office" .
Saya agak terkejut dengan kenyataan tiba-tiba dia ingin jadi doktor sebab sebelum ni ayah dia selalu cakap nanti dah besar Jannah jadi doktor yer dan selalu jawapan yang keluar adalah NO. Tapi malam ni lain pula.
"Because mama, doctor make you happy and feel better, doctor is very kind to people. That's why I want to be a doctor".
"InsyaAllah jannah" sambil mencium pipinya dan dalam hati saya inilah hikmah dan disini saya tahu anak saya adalah seorang yang tak reti duduk diam dan suka berinteraksi dengan orang.