Sunday, 30 January 2011

MaNjaKan Diri sebentar...


Assalamualaikum wrt,

Lamanya rasa tak menulis kat sini,kenapa? Sebab emosi dan akal tak stabil..mungkin dah masuk 4 bulan ni setiap bulan kena suntikan GnRH,kesan sampingan yang ketara saya tak boleh nak mengingat dengan baik ..takleh nak fokus. Itu yang tidak ada rasa nak menulis dan merancang sesuatu, semua sekali lalu jer..sebabnya terasa pening bila banyak-banyak fikir.

Itu kesan negatif..tapi yang paling positif..berat badan saya dah turun macam sebelum kahwin. Itu yang paling menarik sebab nak slim bukan senang lagi-lagi lepas bersalin. Disebabkan badan saya dah ringan ni lebih rasa yakin bila berenang. Hampir 6 bulan saya tak pergi berenang dan hari ni, pepagi terima mesej, ida mesej nak gi swimming tak? Semalam jannah ajak juga pergi swimming saya diam jer, dah ida ajak ni ok jerlah. Jannah sangat suka dan terus salin swimming suit yang dah 4 tahun yang saya beli di Jaya Jusco sebelum datang sini. Harga agak mahal tapi berbaloi dan tahan lama. Jadinya jam 11.15 saya dengan ida dan anak perempuan saya pergilah Zest Centre di Upperthope menaiki tram.

Sampai disana dalam pukul 11.40 pagi dan sambil menunggu pukul 12.15 kami pun duduk-duduklah di library sambil meyelak-nyelak buku-buku cerita budak-budak yang ada atas meja tu. Buku-buku yang diatas meja tu adalah buku-buku Usborne Publishing yang berkulit keras dan pop-up memang menarik, jika di Malaysia harga beratus-ratus ringgit satu set. Disini pun saya dapat kumpul yang dah terpakai beli dari Carboot. Tak sempat nak baca buku dah tak lama kemudian aisyah pun sampai dan kami terus beratur dan satu sesi kena bayar 3.50 pound dan saya dikira family 1 dewasa 1 kanak-kanak 5 pound. Agak mahal juga tapi untuk kebaikan apa salahnyer jika tidak mesti habis shopping.

Sesi ni untuk perempuan sahaja beserta kanak-kanak berumur 8 tahun kebawah jadinya sangat selesalah dan paling penting menjaga syariat. Mula-mula rasa takut-takut juga maklumlah lepas operate, lama main-main air kat tepi kolam tu dalam 20 minit baru berani meluncur . Sambil-sambil berenang bersembanglah dengan aisyah tentang usrah ..dialah yang banyak ingatkan saya sebabnya dah asyik lupa tarikh itu ini.

Apa yang saya sangat suka masa berenang ialah bila boleh masukkan kepala dan melihat dari dalam air , biru jer dan rasa macam didunia lain..dan yang tak best pula bila air termasuk hidung sebab tak pro tulah kena berlatih selalu..berenang pun belajar sendiri tapi berangan juga nak menyelam dasar laut yang cantik. Setelah satu jam didalam kolam renang tertutup tu kami pun beredar dan saya rasa lega bila dapat beriadah sebab dapat terapi minda dan badan dan mudah-mudahan esok bertambah ceria dan bahagia.

Hari ni juga rezeki jannah nak naik bas dua tingkat..Jika nak ke Darnall biasanya bas 52 yang setingkat tu jer, kekadang tu ada dua tingkat tapi bila keluar tak terkena pula bas dua tingkat. Dah lama dia teringin nak naik dan saya asyik tangguh jer sebab rancangnyer nak naik bas lain yang pasti dua tingkat tapi jalan lainlah bukan ke Darnall . Akhirnya setelah menunggu didepan T J Hughes beberapa minit dari jauh sayup-sayup nampak bas dua tingkat ,dalam hati bas lain kot. Tapi dari jarak dekat sikit betul ker ni...bas 52 , terus saya panggil jannah. "Today you're very lucky , again, your wish come true, say Alhamdulillah." "Alhamdulillah" senyum Jannah dan terus dia naik tingkat atas dan duduk depan sekali macam pemandu bas. Alhamdulillah dah tertunai janji saya.

Saturday, 18 December 2010

PasTa@LoMak ciLi aPi??

tak tahu nak tulis macam mana..tapi terfikir sesuatu..

Boleh ker hidup jika tak makan masakan melayu? Bila mana orang yang telah 20 tahun tinggal di Asia pergi ke barat atau Eropah?

Boleh ker hidup jika tak makan pasta? Bila mana orang yang telah 20 tahun tinggal di Barat atau Eropah pergi ke Asia.

Tepuk dada tanya selera atau tepuk dada tanya iman?

Jika kedua-keduanya halal dan mudah didapati mungkin kita akan beli yang kita dah terbiasa. Tapi jika tiada pilihan bersediakah kita menerima dan mencuba sesuatu yang lain atau berdegil untuk menjadikan ia suatu masalah atau cabaran?

Kesimpulannya ajarlah anak-anak merasa semua jenis makanan (yang halal) supaya dia boleh hidup pabila dicampak dimana-manapun..:)

Friday, 17 December 2010

haKikat BahaGia



Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki


p/s bila saya kat bilik saya selalu dengar lagu ni dari attic, siapa lagi..mood org writting, setiap hari abg on lagu ni, tgh takder idealah tu .., lama-lama saya pun suka lagu ni, sekarang jadi lagu tema kita berdua yer..;)

Wednesday, 8 December 2010

nota untuk jannah..


nurul jannah, macam mana mama dan ayah dapat nama ni yer? Mama teringat seorang kawan mama di Newcastle masa tu ayah buat master tahun 2003, panggilan dia jannah. Orangnya baik dan telahpun berumahtangga dan ada dua cahaya mata , mama dan ayah suka nama ni dan terus letak nama ni untuk dirimu, mudah-mudahan dirimu seindah cahaya syurga..:)

sekarang jannah dah hampir 7 tahun lagi dua bulan jannah 7 tahun..semakin besar semakin banyak ragamnya...lagi-lagi dah duduk uk ni..memang sangat berani bertanya..why?why?..mencabar juga minda mama nak jawab.

kekadang kelakar dan manja..menari-nari, menyanyi-nyayi...sangat suka membaca dan menulis, tapi matematik mama belum nampak lagi kecenderungan buat masa ni.
mengaji..alhamdulillah cepat dapat, tapi susahnya nak suruh tekun..ada jer helahnya, ok mama untill this line..this line...dia pula yang jadi cikgu...:)

solat pula..dah pandai baca fatihah dan surah pendek..tapi bila angin baik solat teratur jer, tapi bila angin pusing..I don't want to take wudu'..I don't want to follow you, you late..sabar jer mama..tapi mama ingatkan jannah bila umur jannah 7 tahun mama dah boleh pukul jannah jika jannah tak solat..amaran ni.

sangat yakin dengan diri sendiri dan suka berkawan dan tak suka duduk-duduk tak buat apa, mama what can i do..i'm bored...

oklah jannah ni nota untuk jannah..mungkin satu hari bila jannah dah besar jannah akan baca. Harapan mama jadi anak yang solehah dan bijak dunia dan akhirat...i luv u so much.

Kenangan sekolah di Sheffield, 2010.


depan rumah sebelum pergi sekolah


dalam perjalanan ke sekolah meredah salji december 2010.

depan sekolah, Greenland Nursery Infant School.

Monday, 6 December 2010

PerbAharui NiAt SEnTiasa...

Selamat menyambut tahun baru hijrah, syukur kepada Allah s.w.t masih memberi kita peluang untuk memperbaiki diri untuk menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa taat segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya. Bagaimana rupa buku catatan amal kita tahun lepas? Adakah penuh dengan amalan baik atau pun sebaliknya. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima dan diganjari Allah dengan pahala. Amin.

InsyaAllah buku catatan baru telah diterima, dan alangkah bermaknanya jika kita mulakan HIJRAH dengan niat semata-mata hidup dan matiku kerana Allah sebagaimana perjanjian kita 5 kali sehari yang diulang-ulang setiap hari didalam solat. InsyaAllah kita akan sentiasa perbaharui niat lagi dan lagi .

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan. (al-An'am : 162-163).


Dan pasti disepanjang perjalanan hidup didunia ini kita tidak lepas dari bermacam-macam cabaran dan kadangkala manusia yang fitrahnya lemah dan lupa sering melupakan janji-janji yang telah dilafazkan, kerja-kerja seharian yang dilakukan adalah untuk riya' , mahu menunjuk-nunjuk dan untuk disanjungi manusia lain . Segala perbuatan kita untuk kesenangan dunia semata-mata padahal hidup yang lebih panjang dan lebih bermakna adalah di akhirat kelak. Dan jika itulah yang kita cari jangan lupa azab Allah sebagaimana firmannya:

Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, Kami akan tunaikan kepadanya ganjaran yang amalan baik didunia, dan balasan mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun didunia. Merekalah orang yang tidak akan mendapat apa-apa pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka. (Hud:15&16)


Segalanya bermula dengan niat. Betulkan niat dan sentiasa perbaharui niat..hidup dan matiku kerana Allah. Saya kongsi satu hadith yang baru saya dapat dalam usrah semalam, dimana apabila hadith ini dibaca kepada Muawiyyah, dia terus menangis sehingga pengsan. Sama-sama kita merenungkannya kenapa Muawiyyah boleh menitiskan air mata..

Muslim meriwayatkan kepada hadis Abu Hurairah r. a: Saya mendengar Nabi s.a.w bersabda:

Sesungguhnya manusia pertama yang dibicarakan pada hari Kiamat ialah seorang lelaki yang mati syahid. Dia dibawa untuk hisab , lalu Allah memperingatkannya tentang nikmat-nikmatnya. Dia pun mengakuinya. Allah berfirman: " Apakah yang telah kamu buat dengan nikmat-nikmat itu ?" Dia menjawab: "Aku berjihad di jalan-Mu sehingga aku mati syahid, " Allah berfirman "Bohong! Tetapi kamu telah berperang supaya kamu digelar orang yang berani dan itulah yang telah dikatakan kepada kamu. " Kemudian diperintahkan supaya dia dibawa ke neraka, lalu dia diheret atas mukanya hingga dihumban ke neraka.

Dibicarakan pula seorang lelaki yang telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa untuk hisab . Allah memperingatkannya tentang nikmat-nikmatnya, lalu dia mengakuinya. Allah bertanya: "Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat-nikmat ini?" Dia menjawab: " Aku mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran kerana-Mu." Allah berfirman :" Bohong! Tetapi kamu mempelajari ilmu supaya kamu digelar alim. Kamu membaca al-Quran supaya kamu digelar qori. Itulah yang telah dikatakan kepada kamu ." Kemudian diperintahkan supaya dia di buang ke neraka , lalu dia diseret di atas mukanya sehingga dihumban ke dalam neraka.

Didatangkan pula seorang lelaki yang Allah berikan kesenangan dan pelbagai harta. Dia dibawa untuk dihisab, lalu Allah memperingatkannya tentang nikmat-nikmatnya. Dia mengakuinya. Allah bertanya: " Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat-nikmat itu?" Dia menjawab :"Aku tidak meninggalkan sesuatu jalan kebajikan yang Engkau sukai melainkan aku bersedekah kepadanya kerana-Mu." Allah berfirman: " Bohong! Tetapi kamu buat begitu supaya kamu digelar pemurah, dan itulah yang telah dikatakan kepada kamu. " Kemudian diperintahkan agar dia dibawa ke neraka. Dia pun diseret di atas mukanya, kemudian dihumbankan ke dalam neraka.


Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lintasan hati kita walaupun sebesar zarah. Dan betapa mahalnya harga syurga..pemeriksaan yang sangat ketat bagi mereka yang ingin memilikinya. Namun untuk memilikinya adalah dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah. Kena jaga niat selalu.

Dan jika seseorang mendapat pujian dengan amalan ihklasnya itu adalah pujian yang Allah s.w.t campakkan kedalam hatinya, lalu dia bergembira dengan kurniaan dan rahmat Allah s.w.t.

Dalam satu hadith lagi diriwayatkan daripada Abu Zarr r.a bahawa Nabi s.a.w telah ditanya tentang lelaki yang melakukan amalan baik dan dipuji kerana melakukan tersebut. Baginda menjawab:
Itulah berita gembira yang disegerakan untuk orang mukmin.
Ia diriwayatkan oleh Muslim. Ibnu Majah juga meriwayatkannya dengan lafaz:

Seorang lelaki melakukan amalan kerana Allah, lalu dia disukai oleh manusia kerana amalan itu.

Tidak salah jika kita menerima pujian itu adalah juga tanda rahmat Allah namun jangan cepat lupa diri dengan pujian kerana disana juga ada syaitan yang menggoda dikhuatiri riya' pula yang timbul. Terimalah pujian dengan Alhamdulillah dan Astagfirullah.

Dan saya ambil dari sebuah buku kata-kata Sahl bin Abdullah at-Tustari: Tiada sesuatupun yang lebih susah ke atas nafsu seseorang berbanding dengan ikhlas, kerana nafsu tidak mempunyai apa-apa habuan dalam ikhlas.

Yusuf bin al-Husain ar Razi berkata: Sesuatu yang paling berharga di dunia adalah ikhlas. Banyak kali saya bersusah payah untuk menggugurkan riya' daripada hatiku. Seolah-olah riya' tumbuh didalam hatiku dengan warna yang lain.

Ibnu 'Uyainah berkata : Antara doa Muthorrif bin 'Abdullah:

Ya Allah , aku mohon keampunan-Mu terhadap dosa yang telah aku bertaubat kepadamu, kemudian aku melakukannya semula. Aku meminta keampunan-Mu terhadap apa yang telah aku janjikan kepada-Mu, kemudian aku tidak tunaikannya. Aku meminta keampunan-Mu terhadap sangkaanku bahawa aku hanya inginkan keredhaa-Mu, lalu hatiku bercampur dengan apa yang Kau ketahui.

Hidup baru dengan perbaharui niat. Menuntut ilmu kerana Allah, memasak kerana Allah, menjadi doktor kerana Allah, menyayangi anak kerana Allah, menghormati suami kerana Allah, menulis kerana Allah, bercakap kerana Allah, semuanya kerana Allah.

Tetapi walaupun niat dah betul perbuatan juga kena betul, kenalah mengikut al-Quran dan Sunnah..:) . Semoga tahun baru ini adalah yang terbaik.



Friday, 3 December 2010

SUka atau tiDAk musIm SejuK?





Alhamdulillah tahun ni dapat rasa dua kali salji iaitu pada awal tahun dan akhir tahun.
Kali ini salji bermula Disember 2010 dan menyaksikan uk betul-betul diliputi salji diseluruh kawasan. Malah Sheffield setelah hampir 30 tahun tidak merasai suhu yang begitu sejuk dan salji yang tebal turut terasa . Akibatnya semua aktiviti terganggu...Keadaanya lebih kurang macam banjir, sekolah tutup, public transport takder, airport tutup , beribu kenderaan tersangkut di lebuhraya dan paling teruk uk mengalami kerugian berbillion pound dalam sehari.
Namun kehidupan saya disini saya rasa takder kerugian malah gembira melihat salji yang turun...indah sekali. Jannah lagi seronok sekolah tutup boleh bangun lambat dan berpeluang pergi main dengan kawan-kawan. Inilah peluang mengambil gambar sepuas-puasnya untuk kenangan.

Pemandangan bumi uk yang dibekukan..


Frozen Britain -picture BBC News

Sheffield mula turun salji pada malam 28 November dan berterusan sehingga 2 December 2010. Semalam paras salji dah sampai paras betis dan hari ini walaupun takder salji dan ada matahari namun suhu masih lagi bawah paras beku iaitu -2C. Duduk dalam rumah pun terpaksa pakai baju berlapis-lapis dan tak tinggal pakai stokin tebal. Masalahnya asyiklah kena tanggal stokin sebab asyik keluar masuk bilik air.

Di musim sejuk , siang lambat dan pendek , subuh habis pun dalam pukul 8.05 pagi dan malam awal dan panjang,maghrib pada pukul 3.50 petang. Keadaan yang malam panjang ni boleh menyebabkan seseorang menghadapi winter blues . Mana taknyer hidup dalam kesejukkan dan kegelapan, jadinya beri kesan pada emosi seseorang..pendek kata mudah takder mood dan rasa tertekan. Tapi ada jer cara nak atasi contohnya beraktiviti contohnya menulis blog ker :), masak-masak ker, berprogram dan jumpa kengkawan ataupun berbual-bual dengan orang lain. Ada banyak lagi boleh baca di BEAT the WINTER BLUES.

Masa nilah rindukan cahaya matahari yang bersinar-sinar di Malaysia..:)


Hari ni saya terbaca status salah seorang adik di facebook,

“Winter is the best season for the believer. Its nights are long for him to pray in, and its days are short for him to fast in.”

bila baca jer rasa terketuk..dan terdetik dihati..


ya Allah..aku ni asyiklah ambil gambar dan bermain dengan salji tapi terlupa untuk merebut peluang dan manfaat yang diberi oleh Allah s.w.t dan bukan alasan untuk takder mood...
Pada nilai neraca manusia, memanglah rasa tidak mengalami sebarang kerugian berbillion pound tapi bagaimana pada neraca penilaian Allah s.w.t?Rugi..rugi..rugi..


Rasa ingin mengetahui lebih lanjut tentang hadith dan huraiannya , saya terus menggunakan hidmat pakcik google dan terjumpa satu artikel.

Muhasabah diri sendiri..

Dalam kejadian siang yang pendek yang Allah tetapkan, sesungguhnya inilah peluang untuk kita merebut ganjaran pahala untuk berpuasa tanpa merasa lapar dan dahaga. Pahala percuma yang Allah berikan sebabnya pahala yang kita perolehi sama dengan berpuasa masa musim panas kita juga tidak merasa sebarang keperitan untuk melakukannya.

Dan kejadian malam yang panjang sesungguhnya kita dapat manfaatkan dengan bangun untuk solat malam dan membaca alquran tanpa merasa tidak cukup tidur ataupun keletihan diwaktu paginya . Allah bagi peluang untuk kita untuk dapat pahala tahajud tanpa perlu menggadaikan waktu tidur. SubhanaAllah!

Teringat saya dua tahun lepas ada pejumpaan dengan ustazah Arpah masa dia datang uk , ustazah Arpah juga adalah naqibah saya masa di UTM, walaupun hanya sebentar perkenalan saya tapi peribadinya yang begitu sederhana membuatkan dirinya sangat saya segani.

"Antum jangan habiskan masa dengan tidur, winter nilah antum kena rebut untuk solat malam. Antum tidur dan bangun, solat. Kemudian tidur lagi dan solat lagi.." Terasa terkena tamparan dimuka kami yang mendengarnya.

Asyik mengeluh..sejuknya...sejuk ni tidur lagilah..tarik duvet lagi, walaupun mata sebenarnya dah taknak tidur tapi hati melayani bisikan syaitan..sejuk ni....

Teringat ayat-ayat Allah dalam surah Ar Rahman ,"Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?"

Ya Allah ampunilah dosa-dosa diatas kelemahan diri hambaMu ini. Jangan jadikan hambaMu ini manusia yang rugi. Amin.

Saya kongsikan artikel tu disini ,bacalah dan rebutlah peluang yang diberi olehNya kepada mereka yang merasai WINTER...


Winter: The Believer's Best Season
Article ID: 1460 | 1633 Reads


Here are four ways that they would benefit from winter:

1 & 2 – Fasting and praying

It was reported by al-Haythami in ‘Majma’ az-Zawa’id’ (3/203) with a hasan chain that the Prophet (صلى الله عليه Ùˆ سلم) said: “Winter is the best season for the believer. Its nights are long for him to pray in, and its days are short for him to fast in.”

And Ahmad reported in ‘az-Zuhd’ (p. 118) with an authentic chain that ‘Umar bin al-Khattab said: “Winter is the prize of the worshippers.”

Ibn Rajab al-Hambali said in ‘Lata’if al-Ma’arif’ (p. 276):

“Winter is the best season for the believer because…Allah strengthens his practice in it by making worship easy for him. This is because in winter, the believer can fast during the day with ease without suffering from hunger and thirst. The days are short and cold, and he therefore doesn’t feel the hardship of fasting…

As for praying at night in the winter due to its long nights, one can have his share of sleep and then get up to pray afterwards and recite all that he usually recites of the Qur’an while he has had enough sleep. So, he can combine between the sleep that he needs and the usual amount of recitation of the Qur’an that he completes in a day. So, he fulfills the interests of both his religion and the comfort of his body…

And it was narrated that Ibn Mas’ud said: “Welcome to winter! Blessings descend in it, its nights are long to pray in, and its days are short to fast in.” It is also narrated from him and al-Hasan: “Winter is a wonderful time for the believer. Its nights are long to pray in, and its days are short to fast in.” When it was winter time, ‘Ubayd bin ‘Umayr would say: “O people of the Qur’an! Your nights are now long for you to recite in. So, recite! Your days are now short for you to fast in. So, fast! Night prayer in the winter equals fasting during the day in the summer.” This is why Mu’adh wept on his deathbed and said: “I weep because I will miss the thirst I felt when I fasted, praying at night during the winter, and sitting knee to knee with the scholars during the gatherings of knowledge.”

It was reported by Ahmad (4/335) with a chain authenticated by al-Albani in ‘as-Silsilah as-Sahihah’ (1922) that the Prophet said: “Fasting in the winter is the easy prize.”
Ibn Rajab commented on this in ‘Lata’if al-Ma’arif’ (p. 276):

“And the meaning of it being an easy prize is that it is a prize obtained without any battle or effort or hardship. So, the owner of this prize has been given it as a favor without any effort on his part.”

3 – Caring for the poor

Ibn Rajab said in ‘Lata’if al-Ma’arif’ (p. 281):

“Taking care of the poor in the winter and protecting them from the cold is a great deed. Safwan bin Salim went out on a cold night in Madinah near the mosque, and he saw a man with little clothing on. So, he took off his coat and covered him up with it. So, someone living in Sham saw in a dream that Safwan bin Salim had entered Paradise with a shirt he had made. So, he went to Madinah and said: “Show me where Safwan is.” When he found him, he told him of the dream.

Also, Mis’ar saw a bedouin standing in the Sun saying:

Winter has come, and I have no money * And such a thing can only happen to a Muslim;

The people have put on their coats * And it is as if I am in Makkah only wearing ihram…

So, Mis’ar took off his coat and put it on the man.

It was related to one of the righteous leaders that there was a woman with four orphaned children who were naked and hungry. So, he had a man go to them and bring them clothes and food. He then took off his outer clothing and said: “I will not wear these or be warmed by them until you return and tell me that they are clothed and fed.” So, the man went and came back and confirmed to the leader while he was shivering in the cold that they had taken the clothes and had eaten. He then put his outer clothes back on, and at-Tirmidhi reported from Abu Sa’id al-Khudri that the Prophet said: “Whoever feeds a hungry believer will be fed by Allah on the Day of Judgement from the fruits of Paradise, and whoever quenches his thirst will have his thirst quenched from the Sealed Nectar, and whoever clothes him will be clothed from the green silk of Paradise.” And Ibn Abi ad-Dunya reported with his chain that Ibn Mas’ud said: “The people will be gathered on the Day of Ressurection as naked, hungry, and thirsty as they ever were. So, whoever clothed someone will be clothed by Allah, whoever fed someone will be fed by Allah, and whoever quenched someone’s thirst will have his thirst quenched by Allah, and whoever relieved others will be given Relief by Allah.””

4 – Remembering the realities of Hell

It is reported in ‘as-Silsilah as-Sahihah’ (1457) that the Prophet said: “Hell complained to its Lord, saying: “Parts of me have consumed the other parts.” So, He allowed it two breaths of exhalation: one in winter and one in summer. As for its breath in winter, that is the bitter cold, and its breath in the summer is the extreme heat.”

Ibn Rajab said in ‘Lata’if al-Ma’arif’ (p. 282):

“And from the virtues of winter is that it reminds one of the extreme cold of Hell and pushes one to seek refuge from it…

Zubayd al-Yami woke up one night to pray. So, he walked towards the bowl of water that he would wash up from and put his hand it to find the water so cold that it was almost frozen. This reminded him of the extreme cold in Hell, and he did not remove his hand from the bowl until he later awoke and his servant came to find him like this. His servant said: “What are you doing, sir? Why didn’t you pray at night as you usually do? Why are you sitting here like this?” He replied: “I put my hand in this bowl and touched the cold water, and was reminded of the extreme cold of Hell. By Allah, I did not feel the severity of its coolness until you came just now. So, go and don’t tell anyone about this until I die.” And nobody knew of this incident until he had died, may Allah have Mercy on him, and it is mentioned in the authentic hadith: “Hell complained to its Lord, saying: “Parts of me have consumed the other parts.” So, He allowed it two breaths of exhalation: one in winter and one in summer. As for its breath in winter, that is the bitter cold, and its breath in the summer is the extreme heat.”

…How often does winter come then summer * And spring goes and autumn comes;

And we go from hot to cold * And the sword of destruction is raised over your head;

O you who is insignificant in this world * Till when will procrastination deceive you?

You who seeks what is temporary, till when * Will your heart be busy with what is temporary?

Strange is the one who humiliates himself for this world * While a piece of bread would suffice him for each day…”

So, these examples show that winter time is a special time that we should mark not by being down and inactive, but rather by reviving our energy in worship and servitude to Allah.


Friday, 5 November 2010

Kali pErtama..Laparotomy

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Tiada kata yang boleh saya tuturkan kecuali kembalikan segala-galanya kepada Allah s.w.t.

Saya rasa begitu berat untuk menulis keadaan saya sehinggalah hari ini,sedikit kekuatan untuk dikongsikan dengan yang pembaca notakecil ini. Tulisan ini juga nota untuk diri saya yang sering lupa...

Alhamdulillah sesuatu yang sangat saya takut telah saya melepasinya. Bayangkan diri saya yang tidak suka makan ubat dan jarang sekali sakit, telah ditetapkan oleh Allah untuk saya memasuki dewan bedah pada 29 November 2010 di Royal Halamshire Hospital Sheffield. Saya telah mendapat tarikh tersebut dua minggu awal, hanya kepada Allah yang tahu perasaan saya dan kemungkinan-kemungkinan yang doktor akan buat kepada saya.


Sakit Perut

Simptom yang selalu saya rasa adalah sakit perut disebelah kanan. Saya selalu mengadu sakit perut lebih-lebih lagi ketika nak haid. Rasa yang tak pernah saya rasa bermula hujung bulan tahun lepas. Pada mulanya saya rasa senggugut tetapi dua tiga bulan selepas itu saya dapati sakitnya bukan waktu period sahaja, dan rasa mungkin saya ada masalah penghadaman ataupun gastrik. Saya berjumpa doktor dan saya kata saya sakit sebelah kanan dan bila saya sakit saya banyak sendawa angin dan perut saya bunyi krak keriut macam lapar. Akhirnya doktor kata saya ada masalah penghadaman. Dan bagi saya makanan tambahan berupa fiber. Dan bila saya makan makin sakit saya rasa. Akhirnya saya cuba ambil diet yang sihat, makan yogurt drink, roti yang berserat dan susu segar. dalam sebulan kurang sikit sakit. Tapi sejak bulan Ramadhan semakin terasa sakit...bila sakit sakit sesangat dibahagian belakang dan sengal-sengal dikaki kiri. Saya tidak boleh duduk dan baring pun tak boleh statik. Saya cuba tuam dengan hot water bottle..rasa lega kekadang tidak tahu bila saya tidur. Dan hidup saya untuk menahan sakit hanya dengan makan panadol 8 jam sehari. Dan saya berdebar-debar bila 8 jam berakhir sebab sakitnya pasti saya terasa. Sakitnya ,Allah sahaja yang tahu dan apa perasaan saya. Kasihan saya tengok Jannah dan suami...tapi apa kan daya saya dengan ujian kesakitan ini. Suami yang tahan dengan kerenah saya bila saya sakit...kekadang sikap saya tanpa saya sedari mengguris hatinya, mohon kemaafan.

Ultrasound.

Sampailah pada bulan Ramadhan saya pergi jumpa doktor GP , dan kali ini saya cakap benda yang sama saya sakit perut sebelah kanan dan tak hilang-hilang dan bertambah teruk, dan akhirnya doktor kata dia buatkan temujanji hospital untuk ultrasound. Sedikit kelainan di UK semuanya kena buat temujanji dan saya kena bersabar kerana temujanji tu sebulan akan datang.

12 Oktober 2010

Ultrasound saya yang pertama di Northern General Hospital, pepagi kena minum lebih kurang 1.5 liter air masak. Saya pun pergilah dan bila dia scan tetiba ultrasound technician tu tanya berapa lama dah saya sakit? Saya cakap dah dalam 3-4 bulan. Kemudian dia cakap saya ada cyst di ovari kiri dan kanan. Bila saya tanya lebih banyak ,dia kata keputusan akan dihantar ke GP dan akan sampai dalam masa dua hari dan doktor akan rujuk saya ke Gynaecology.

Sejak daripada hari tu saya hati saya tak tenang dan mulalah cari maklumat kat internet, bercampur hati yang risau apakah yang akan saya lalui seterusnya. Sehari selepas saya dapat panggilan dari GP , masa tu saya di tempat kerja bila dapat panggilan saya sudah rasa pasti sesuatu yang serius. Air mata mengalir deras dan rasa nak berlari balik, disebabkan ditempat kerja saya tidak ada orang Melayu, kawan mat saleh saya yang saya panggil Kay lah tempat saya meluahkan kerisauan saya. Serba sedikit tentang Kay, Kay berumur dalam lingkungan 40 an dan dua tiga masuk hospital disebabkan kanser kulit dan kelenjar tekak dan telinga. Walaupun begitu dia masih bekerja dan menjalankan aktiviti seperti biasa demi dua orang anak yang tinggal bersamanya. Dia memberi kata-kata semangat dan memberi saya harapan selepas ini saya mesti akan sihat. Rasa lega dihati dapat berkongsi rasa.

Dua hari selepas itu saya berjumpa doktor, dan doktor kata saya ada cyst dan kemungkinan endometrosis. Doktor siap printkan saya maklumat tentang endometrosis daripada internet. Namun dia kata itu jangkaan dia dan doktor rujuk saya kepada pakar Gynecology dan tetapkan tarikh temujanji seminggu akan datang.

Gynecology

Masih saya ingat hari Rabu tengahari selepas kerja saya tumpang rakan sekerja, Lesley namanya dan dia hantar saya dihadapat Weston Park. Disitu saya tunggu suami dan Jannah sebelum kami berjalan kaki bersama untuk ke Jessop Wing. Untuk pertama kali Jannah menemani saya untuk berjumpa doktor.

Lebih kurang 2 petang nama saya dipanggil dan doktor yang akan bertanggungjawab adalah Dr Selby. Doktor perempuan dan tak lekang dari senyuman dan redup mata simpati bila bercakap dengan saya. Doktor ingin membuat scanning dalaman tetapi belum sempat apa-apa saya terus terasa sakit dan doktor serta merta berhenti dan minta maaf dengan saya. Walaupun saya tidak rasa sakit pada awalnya kerana makan panadol namun sampai satu tahap hanya otak saya sahaja tidak memberitahu saya sakit tetapi realitinya saya sangat sakit.

Setelah saya kembali tenang dan saya kembali duduk disisi doktor dan doktor terus mengatur temujanji untuk saya untuk pembedahan. Doktor memberitahu kepada saya dia mungkin akan buat Laparoscopy dan +- Laparotomy. Pembantunya memberi saya segala maklumat tentang prosedur pembedahan termasuk General Anasthatic dan risiko-risiko dari pembedahan. Tiga tarikh berturut-turut untuk saya dalam dua minggu lagi.


Pada 27 November 2010 final ultrasound, kali ini menggunakan ultrasound bayi kerana ia lebih jelas dan lebih tepat. Keputusannya masih saya tidak tahu dan saya terpaksa menunggu keesokkan harinya.

Pada 28 November 2010 saya ada temujanji dengan doktor Selby yang akan buat pembedahan . Doktor kata imej cyst saya besar dan dia anggarkan dalam 7cm - 10 cm. Akhirnya doktor pakar kata dia akan buat laparotomy dan +- buang satu ovari. Ini adalah kali kedua saya berjumpa doktor tersebut dan kali ini saya redha cuma bila doktor tanya saya ada apa-apa yang saya nak kata..saya kata saya takut jika doktor buang ovari saya. Namun dengan wajah yang tenang,doktor kata dia akan cuba yang terbaik dan akhir kata kita jumpa pagi esok.

Malam tu saya berjumpa dengan Jannah sebelum dia dtidur dirumah Ume dan saya peluk cium dia dan tak semena-mena Jannah menangis sambil memeluk saya erat. Saya dan suami tenangkan dia dan berkata InsyaAllah semuanya akan baik dan mama akan sihat.

29 Oktober 2010,
Selepas subuh bersama beg pakaian saya dan suami meminta bantuan Ume untuk hantar ke hospital di bahagian pembedahan di Royal Hallamshire Hospital. Sampai di kaunter fail maklumat saya dikeluarkan dan saya diberi tag d pergelangan tangan. Saya dan suami diberi tempat duduk disisi katil. Saya menunggu selama setengah jam dan kemudian datang nurse ambil tekanan darah dan beritahu saya apa yang berlaku seterusnya. Saya diberi kotak untuk meletakkan pakaian dan barang-barang berharga untuk dibawa ke wad selepas pembedahan. Saya diberi stokin khas dan baju untuk dipakai sebelum masuk ke dewan bedah. Saya diizinkan untuk memakai tudung dan cermin mata. Giliran saya adalah yang kedua dan pembedahan akan bermula dalam pukul 10 pagi. Selama dua jam saya menunggu giliran dan hati yang gemuruh saya sejukkan dengan membaca al-quran. Akhirnya 9.45 pagi seorang nurse dalam lingkungan 40an datang dengan senyuman dan meminta izin suami untuk membawa saya untuk ke dewan bedah. Sempat jururawat menyuruh saya beri satu ciuman kepada suami dan memesan kepada suami supaya bawa bunga dan coklat pukul 12 tengahari nanti. Saya pun berjalan dan dibawa ke satu bilik. Di bilik yang kecil saya diminta baring diatas katil dan tangan saya disuntik bius sedikit demi sedikit. Hati dan lidah saya tidak lupa mengingati yang Berkuasa. Dan tanpa saya sedari saya terlelap. Masa dua jam begitu pantas dan saya tersedar dan mulut saya masih basah mengingatiNya, saya fikir saya masih dibilik bius tapi saya dapat merasa sedikit kelainann perut saya sakit, dan hati saya terus kecut.dalam hati doktor tengah rawat saya ker...tak habis lagi ker....Saya begitu fobia dengan rasa sakit. Sedikit demi sedikit saya buka mata dan saya dapat melihat dua orang nurse sedang betul-betulkan selimut saya dan terus saya rasa sejuk dan terus nurse membalut saya dengan selimut berlapis-lapis. Rupa-rupanya saya telah berada di wad dan pembedahan telahpun selesai.

Saya ditempatkan di wad yang sangat selesa, hanya ada empat buah katil dan saya seorang sahaja diwad. Setengah jam kemudian suami datang. Lega rasanya. Saya masih lemah dan tekanan darah rendah. Doktor masukkan saya air, buang air kecil dengan catherer dan di perut sebelah kiri saya ada saluran yang dimasukkan untuk mengeluarkan lebihan darah. Terasa tidak selesa ,namun apakan daya badan tidak bermaya. Dihari kedua nurse meminta saya bangun dan cuba duduk dikerusi. Saya boleh bangun dan duduk tetapi hanya 15 minit saya berdaya dan saya kembali baring dikatil. Terasa masih sakit ditempat jahitan. Bila terasa sakit nurse beri saya suntikan mofin dan ada masa dia beri saya panadol. Tetapi saya lebih serasi dengan panadol.

Hari ketiga saya lebih rasa selesa sebab saya bebas bergerak tanpa yang bersangkut dibadan. Cuma semasa nurse nak tanggalkan saluran darah dari perut saya, dia sempat kata kat saya banyak-banyak benda benda nilah yang paling'worst'. Nurse minta saya tarik nafas sedalam-dalamnya dan bila dia kata hembus, saya hembus nafas dan nurse terus tarik dan tarik tiub dari perut saya hinggalah tak cukup hembusan nafas saya nurse masih belum selesai menarik tiub tersebut. Semput saya dibuatnya dan rasa ngilu sesangat.

Hari keempat saya bertambah kuat dan boleh berjalan ke tandas sendiri. Saya telah diberi makan nasi dan lauk seperti biasa, tiga hari lepas saya hanya dibenarkan ambil light diet seperti makan roti,sup dan buah. Layanan nurse memang baik dan rasa best juga berehat di hospital. Doktor tanya saya nak balik bila sepatutnya hari ni saya dah boleh balik tapi saya minta lagi sehari. Ikut rasa dihati ingin minta lagi dua hari tapi setelah mendengar nasihat seorang adik yang telah pun bergelar doktor, "akak tak elok duduk hospital lama-lama sebab mudah dapat jangkitan kuman, baik-baik sihat boleh sakit lagipun dirumah akak boleh banyak bergerak dan baik untuk mencegah blood clot daripada terjadi". Bila dengar nasihat Dr. Jihan terus bersemangat nak balik.

Hari kelima, pepagi doktor datang dan kata saya dah boleh balik. Walaupun pagi diberi balik tetapi jam 5 petang baru betul-betul saya boleh balik setelah segala ubat dan maklumat tentang penjagaan diri dirumah saya terima bersama kad temujanji sebulan akan datang. Dan saya diberi cuti selama 6 minggu. Lebih kurang pukul 6.30 suami datang dan saya pulang ke rumah.

Minggu pertama dirumah saya makan Gamat Healin dan kapsul Ikan Haruan. Alahmdulillah mak dan abah mertua datang semata-mata untuk membantu anak, menantu dan cucunya. Saya boleh berjalan perlahan-lahan dan saya boleh duduk dikerusi tetapi dalam 30 minit saya baring semula.

Minggu kedua saya dah mula boleh turun naik tangga, makan pun dah boleh makan di bawah,tak perlu suami bawa keatas makanan. Saya boleh menaiki kereta tetapi kena beralaskan bantal dibelakang. Rasa segar dapat menghirup udara luar.

Minggu ketiga jahitan saya jenis yang akan hilang sendiri semakin hilang, cuma denyutan dalaman masih terasa. Saya masih minum gamat healin, alahmdulillah jahitan cepat baik. Minggu ni juga pertama kali saya berjalan agak jauh dan mak mertua menemani saya pergi ke sekolah Jannah sebab ada sambutan hari raya Adha.

"Mama why are you coming? I know mama, because this morning I wish to Allah please let Mama come. "Jannah yang gembira melihat mama dan wan datang kekelasnya.

"Really Jannah, Allah always make you wish come true.." jawab saya sambil memeluknya.


Saya masih ingat dua hari selepas saya pulang kerumah dan suatu malam sebelum tidur jannah toleh kearah saya,

"Mama do you still feel pain?"

"Yes, why?" tanya saya yang agak pelik dengan soalan dia.

"But you can talk talk dan laugh with me" jawabnya. Bila saya dengar jawapan jannah saya teringat masa saya sakit, saya jarang bercakap dan bercerita dengan dia dan saya cepat nak marah. Mungkin dia nampak perubahan saya..dan saya rasa kasihannya dengan jannah, insyaAllah jannah mama akan sihat dan jaga jannah.

hari kedua di
Royal Hallamshire wad G2


Pada suatu malam sebelum tidur saya selalu chit chat dengan jannah.

"Mama, I want to be a doctor"

"Why? Last time you said to me you want to be a someone working in the office" .

Saya agak terkejut dengan kenyataan tiba-tiba dia ingin jadi doktor sebab sebelum ni ayah dia selalu cakap nanti dah besar Jannah jadi doktor yer dan selalu jawapan yang keluar adalah NO. Tapi malam ni lain pula.

"Because mama, doctor make you happy and feel better, doctor is very kind to people. That's why I want to be a doctor".

"InsyaAllah jannah" sambil mencium pipinya dan dalam hati saya inilah hikmah dan disini saya tahu anak saya adalah seorang yang tak reti duduk diam dan suka berinteraksi dengan orang.



kad ni jannah tulis masa saya sakit




nota untuk mama...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...