Wednesday, 11 August 2010

Alhamdulillah..bertemu diriku bersama Ramadhan

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah
Allah masih mengizinkan diriku bertemu Ramadhan
Ya Allah berikan diriku kekuatan untuk beramal dan merasai kemanisannya sebelum ia pergi.
Ya Allah jadikanlah diriku orang yang bertaqwa..amin.

Salam Ramadhan.

Mutiara Al-Quran,Juzu' 1 bersama kita renungkan..
Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah, 2 : 74)

Monday, 9 August 2010

Summer2010 kenangan indah..

Alhamdulillah diatas segala nikmat yang diberi kepada saya terutama nikmat Iman dan Islam, nikmat kesihatan dan masa serta kawan-kawan yang baik-baik…:)

Apa cerita musim panas tahun ni…Banyak gambar-gambar yang tersimpan.

Jika musim panas aktiviti yang digemari ramai adalah fruit picking..merasa petik strawberi ker ceri ker, apple ker , rasberry ker atau blackberry ker..apa2 yg berry lah.

100E3341

Jika tahun lepas saya sekeluarga petik strawberi tahun ni kami pergi petik ceri pula. Kami sekeluarga suka makan ceri daripada strawberi..harga ceri lebih mahal dari strawberi. Jadinya bila tiba dikebun ceri kami makan sepuas-puasnya sebab jika makan dibawah pokok percuma..:)

Tahun ni kami pergi kebun yang sama iaitu Goacher’s farm mengambil masa 40 minit dari Sheffield. Pokok ceri lebih kurang macam pokok langsat, buahnya mudah dipetik..dan jangan tersalah petik..jangan sangka yang merah tu dah manis tapi itulah yang masam, jika nak yang manis petiklah yang berwarna merah gelap.

 100_3295

 100_3303

aduh..beratnya..

100_3292

rasalah…sedap tau.

Di kebun ni macam-macam ada. sebelah kebun ceri ada kebun epal..dan gandum. Sekali pandang gandum macam padi..

100_3306  epal yang belum masak..

100_3312 

gandum

2010-07-28

Selepas cari ceri pergi cari strawberi ..ditempat yang sama, tapi strawberinya dah tinggal yang kecik-kecik..yang besar-besar dah habis dipetik orang.

2010-07-281

itu cerita dikebun ceri…

Cerita musim panas lagi..

Family Day Pesatuan Pelajar Malaysia Sheffield. Adakah ini kali terakhir kami sekeluarga berfamily day..;)

Seperti biasa,setiap tahun pasti ada family day untuk kami warga malaysia sheffield anjuran ajk2 PMPMS. Suasana sungguh meriah dan yang paling meriah sukaneka kanak-kanak.

Kenangan yang best..hehehe Jannah menang lumba skuter..kuat juga anak mama ni lari..:) Dan lari bawa bola berkumpulan kumpulan Jannah dapat tempat ke 3 dan Musical Chair Jannah dapat tempat ke 3 juga..:) Suka Jannah dan bila dapat hadiah ..mama  i am  the winner..?

100_3198 hepi day..4 lucky little girl..:)

2010-07-282

Cerita summer ni ada lagi satu paling best…saya pergi sekali lagi di Snowdonia Wales. Entry sebelum ni rasa nak pergi lagi.…dan ketentuanNya saya pergi lagi tetapi suasana berbeza dan bersama family yang lagi besar. InsyaAllah nanti saya sambung cerita aktiviti kami di Perkhemahan Musim Panas –PERKEMASMSM anjuran Majlis Syura Muslimun.

100_3547

View ni betul-betul dihadapan khemah saya..subhanAllah.

bersambung…

Monday, 26 July 2010

bidadari syurga~AsiaH

siapakah Asiah? Masihkah kita ingat kisah Firaun yang sezalim2 manusia itu akhirnya menurut kata-kata wanita ini untuk mengambil seorang bayi sebagai anak???? Kelebihannya untuk redha Illahi.
_________________________________________________

Ratu Syahadah


Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi

Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisimu singgahsana

Sejarah Asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina

Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga

Oh Asiah kau merubah rencana
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang

Ya Allah…Ya Allah…

Tuesday, 6 July 2010

bersediakah untuk Ramadhan?

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan kepada Allah s.w.t diatas segala nikmatNya dan kemanisan Islam dan Iman yang masih kita miliki.

Semoga lafaz kesyukuran yang kita lafazkan bukanlah sekadar dibibir sahaja tetapi kita buktikan dengan amalan, kerana amalan kan menjadi saksi untuk kita berhadapan dengan timbangan Allah s.w.t di akhirat kelak.

 ramadhannotakecilini

Bila tengok di kalendar sebelah ,sekarang ni telah masuk Julai dan Rejab semakin hampir dengan penghujungnya. Pejam celik-pejam celik, lagi sebulan Ramadhan kan datang. Rasa dihati berbunga-bunga untuk bertemu denganya tapi dalam masa yang sama takut sebab tertanya-tanya pada diri sendiri dah bersedia ke? Jika tidak bersedia sepenuhnya pasti kan hangat-hangat tahi ayam, semangat di minggu pertama dan kedua sahaja pancit dihujungnya bagai orang main bola jika pemain tak fit mental dan fizikal macam mana nak jadi juara..:)

Itu orang main bola yang main hempas pulas dapat satu piala jer..kongsi pula tu. Sebaliknya dibulan Ramadhan, setiap antara kita Allah akan beri ganjaran yang berlipat ganda dan terlalu istimewa jika kita menjadi juara. Namun nampak mudah tetapi hakikat sebenarnya kita muhasabah Ramadhan kita yang lepas-lepas, berapa kali khatam quran? Cukupkah terawih? Berapa kali solat malam? Tamakkah kita sewaktu berbuka? Adakah graf amalan kita dari awal hingga akhir Ramadhan semakin meninggi atau sebaliknya?

Tahun ni di Sheffield buka puasa lebih kurang 9 malam dan sahur dalam 3.45 pagi, siang yang panjang pastinya memerlukan stamina yang kuat untuk bertahan supaya dapat beramal ibadat dengan sungguh-sungguh...sudah bersediakah saya? Makan apa yang berkhasiat sewaktu sahur supaya memberikan tenaga yang cukup?

Semoga kita buat persiapan dari sekarang dengan berpuasa..supaya badan tidak terkejut dan kitakan dapat merasa kemeriahan Ramadhan dan tidak sabar menunggunya dengan satu azam.

Tips untuk bertemu Ramadhan.

 

tell our children, Ramadhan fasting stories..from http://www.ezsoftech.com/ramadan/ramadan15.asp

"But, Mum, I do not want to eat. I am a big boy and I can fast," Thabit told his mother.

"But you are fasting, Thabit. 7-year-old children eat in the morning and a little in the afternoon and then they don't eat anything else till evening."

"But you do not fast like that, Mum," the little boy insisted.

"I am older, Thabit. Grownups fast that way."

The young gentleman sat deep in thought and then asked, "Mum, why do we fast?"

"That's a good question, Thabit." She got up and went to the kitchen cupboard. She removed something from it.

"Do you know what this is, Thabit?"

"It's a blender."

"Do you know what it is supposed to do?"

"It blends passion fruit for juice." His mother laughed. "Yes, it does blend. Our body does the same thing. It grinds the food we eat; it takes what it needs and removes the rest. It does this everyday, day in day out."

"Doesn't the body get tired, Mum?"

"It does. Just like the blender. When we have blended juice for too long, it refuses to work. Then it needs fixing. So we have to give our body a rest so it can work better for us. That's why we fast in Ramadan and some other days in the year."

"Does everybody fast, Mummy?"

"Not everybody. If you are ill or expecting a baby or if you are old and weak like Daddy's grandpa or if you are 7 years old then you don't fast.

The little boy thought some more. He ate the food his mother had set before him without much fuss. "What if you don't want to fast?"

"What is your sister Nur's favorite color?" "Pink".

"And what is the color of her uniform for Madrassa (School)?" "Blue".

But she says she'd like to wear her pink hijab when she goes."

"And why doesn't she?"

"She is afraid Ustaadh (Teacher) will punish her."

"You see, she was afraid Ustaadh would punish her. Ustaadh will punish her because she has broken the rule of the madrassa by wearing pink.

You see, Thabit, Allah knows what is good for us and so we have to do as He commands, because He sees and knows everything. We love Him and fear Him and we don't want Him to be displeased with us."

"But don't you get hungry, Mum?"

"Of course we do. But we keep ourselves busy on other important things to take our mind away from the food. We read the Qur'an, or we visit the sick people or we go to the mosque and listen to dars. You see there's plenty to do and before you know it, it's time to eat!"

"Is there another reason why Muslims fast?"

"Yes. You are lucky, Thabit, because you have food everyday. Not everyone has food to eat."

"Like the poor people at Baroda Road?"

"Yes, like them. If we go hungry like them, we will be able to understand that they need help."

The little boy seemed satisfied with the answers, his mother had given him. "Mum, can I go with you and Daddy to help the poor?" "By the Grace of Allah, you can."

Monday, 14 June 2010

Keimanan

Andai matahari di tangan kananku
Takkan mampu mengubah yakinku
Terpatri dan takkan terbeli dalam lubuk hati
Bilakah rembulan di tangan kiriku
Takkan sanggup mengganti imanku
Jiwa dan raga ini apapun adanya

Andaikan seribu siksaan terus melambai-lambaikan derita yang mendalam
Seujung rambut pun aku takkan bimbang
jalan ini yang kutempuh
Bilakah ajal kan menjelang jemput rindu-rindu Syahid yang penuh kenikmatan
Cintaku hanya untukMu tetapkan muslimku selalu


Friday, 11 June 2010

mandi tak basah tidur tak lena...

Lama rasanya tak menulis kat notakecil ni...naper ek? entah rasa separuh hati dah takder kat sheffield ni...tak tahu rasa nak balik malaysia jer. Last week Jannah demam pastu saya pula. Saya rasa sejak 3 4 bulan lepas setiap bulan ada jer sakit. Rasa setiap bulan ada jer cuti sakit. Jika saya fikir-fikir saya ni susah nak sakit...naper sekarang cepat sangat ek..ke duduk uk cuaca sejuk.

Duduk-duduk fikir sorang-sorang..mungkin saya dah rindu nak balik Malaysia..hehehe tu secara mental saya dah kalah dan tu fizikal terkesan.Bersabarlah wahai diri ini sekejap jer lagi nak balik...Semoga Allah permudahkan urusan suamiku,amin.

Wednesday, 26 May 2010

unggul dan berprestij..

Saya ni jarang baca atau dengar seerah sahabiyyah, yang selalu baca atau dengar adalah tentang para sahabat . Mungkin kerana dari kecil kurang didedahkan kisah wanita-wanita yang hebat di zaman Rasulullah kecuali kisah Khadijah, Aisyah dan Fatimah…alasanlah ni.,

Detik bermula ingin mengetahui kisah Sahabiyyah pabila saya dikehendaki menyampaikan kisah sahabiyyah pada satu pertemuan. Awal-awal saya menolak sebab takder buku tapi mak naqibah terus kata dia ada buku dan terus meminjamkan saya satu buku yang cantik kulit nya secantik tajuk nya- 35 Sirah Shahabiyyah penulisnya Mahmud Al-Mishri. Terus berminat untuk membelek-beleknya. Ada 35 orang ni nak pilih yang mana? Yang pertama nak baca yang tak terkenal dan tetiba nak tahu cerita tentang Asma’ sebab teringat seorang kawan nama dia Asma’. Kenapa nama Asma’ dipilih?

Saya pun baca dan baca. Bila jer habis baca tetiba tercari-cari dan tertanya-tanya kenapa ada satu cerita yang selalu dengar tentang Asma’ ni takder diceritakan disini. Kemudian teliti semula nama dia….oh bukan rupanya ni bukan cerita Asma’ binti Abu Bakar. Ini cerita Asma’ lain rupanya.

Siapakah Asma’ kali ini?

Asma’ binti Umais atau gelaranya Wanita yang Bernikah Dengan Tiga Ahli Syurga.

Jika kita baca kisah perang Mu’tah kita akan teringat dengan pesanan Rasulullah kepada 3 panglima perang yang akan ganti menggantikan siapa sekiranya seorang syahid.

Panglima perang kedua dalam peperangan yang sangat sengit, Ja’far b, Abu Thalib dengan kekuatan dan demi Islam tercinta panji sama sekali dijulang walaupun satu demi satu tangannya hilang masih tetap memastikan panji tetap berdiri dan apabila membaca kisah perang Mu’tah kisah inilah yang saya ingat dan tidak pernah terfikir saya untuk mengetahui siapakah isteri sahabat yang shahid ini. Dan rupanya panglima perang yang hebat yang hilang kedua tangan inilah beristerikan  Asma’ binti Umais. Kemudian setelah Ja’far syahid, suaminya adalah Abu Bakar dan setelah Abu Bakar , suaminya adalah Ali bin Abu Thalib. Kisah Asma’ menceritakan dirinya yang begitu setia dengan suami dan sentiasa menyebut kebaikan suami walaupun telah meninggal dunia dan kekuatan jiwa dengan berpuasa dan solat malam.

Bila habis baca apa yang saya terfikir jika zaman sekarang ni mungkin kita sering ingin tahu eh polan ni kawin dengan saper ek? Saper isteri polan ni ek? Lebih-lebih lagi jika polan itu ‘somebody’. Senang kata bergosip memang suka  Tapi kenapa semangat ingin tahu itu tidak kepada sirah sahabat-sahabat Rasulullah yang jika mengetahuinya akan meningkatkan iman kita, berbeza dengan ‘somebody’ zaman moden ni yang tidak akan beri faedah apa-apapun takut-takut menambahkan dosa lebih lagi kerana mengata itu tak kena ini tak kena.

Saya masih ingat masa dengar ceramah Maulidur Rasul daripada Ustaz Maszlee..Mengapa kita perlu tahu sejarah? Salah satunya apabila kita baca sejarah tokoh kita akan merasa ingin menjadi sepertinya, membaca dan memperingati sejarah kegemilangan kita kan berusaha kearah itu dan memperingati sejarah kejatuhan kita kan jadikan sebagai sempadan dan tauladan supaya tidak terjadi kali kedua begitu juga jika sejarah keperitan peperangan diperingati akan dapat tanamkan semangat perjuangan yang kuat. Banyaklah contoh-contoh sejarah yang ustaz bagi salah satu nya kenapa Kamal Attaturk masih disegani rakyatnya walaupun jahat dan bagaimana Iran hebat tenteranya.

Hanya dengan tahu akan menjadi mahu…:). Jangan dilekehkan sejarah dan baca kisah-kisah sahabiyyah untuk ditanam dalam jiwa diri anak-anak sejak kecil lagi untuk menggantikan sinonimnya anak kecil dengan cerita-cerita dongeng puteri-puteri Disney..Cinderella, Snow White dan sebagainya yang akhir ceritanya kawin dengan putera raja hidup bahagia.

Peringatan untuk saya dan juga kita sebagai mama,ibu,bonda,mak,ummi,mummy dan apapun panggilannya untuk bina jati diri yang unggul dan solehah dalam diri kita dahulu. Tapak semaian yang subur dan baik akan mengahsilkan tanaman yang membesar dengan kuat dan sihat. Pabila kita cerita kepada anak-anak mudah-mudahan tertanam di hati dan fikiran anak-anak ingin menjadi seperti mereka yang tinggi semangat perjuangan, anggun dan berprestij dalam kaca mata nilaian iman dan islam.

Ada beberapa ungkapan tentang wanita yang saya jumpa yang sangat indah:

Wanita-‘Senyumnya adalah rahsia yang tersingkap,tangisannnya adalah rasa hati dan kemarahannya adalah pemberontakan kasih sayang’

‘Wanita dimasyhurkan kerana tidak ditonjolkan. Ia tersembunyi biarpun hadirnya menggegarkan’

Akhir sekali sebagai peringatan untuk saya dan kita bersama supaya kita wanita menjaga pergerakan dan kata-kata cukup dengan pesanan Rasulullah bahawa kebanyakan wanita adalah penghuni neraka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...