Thursday, 25 June 2009

Ketika matahari cerah..

Sekarang ni suasana dah semakin panas di Sheffield.Sekarang nilah terasa cerah dan mudah untuk berjalan...jika tidak mendung dan sejuk memanjang. Jadinya masa hujung minggu jika tiada program saya sekeluarga akan pergi ketempat-tempat yang mana tergerak dihati suami...Saya dan Jannah akan ikut sahaja. Lagipun Jannah sekarang dah pandai sikit-sikit.."mama Jannah nak pergi jalan-jalan", jika tidak pergi manapun dia akan minta untuk main-main diluar rumah. Alhamdulillah kawasan rumah ramai Melayu...petang-petang riuh anak-anak main kat luar macam kat Malaysia. Lagipun sekarang siang panjang pukul 9 masih terang, tapi bagi had kat Jannah pukul 8 mesti balik.
Itu yang jannah tak senang duduk rumah, kejap-kejap tengok jam..

"mama..long hand point to twelve and short hand point to six...time to play mama"
"alright, but you have to come back at 8 o'clock ok"
"ok , mama"
lepas tu terus minta saya temankan dia keluar jumpa kengkawan yang siap sedia menunggu..

itu bila weekday, bila weekend terpaksalah pujuk-pujuk ayah supaya bawa kami gi jenjalan.

"mama kita nak pergi mana ni?"
"mama ikut jer...asalkan jenjalan."
"mak ngan anak sama jer" hehehe..

itulah dialog biasa kami di hujung minggu..:) terima kasih kepada suamiku kerana sudi melayan kerenah kami.

Aktiviti masa weekend,

Masa ni di Crookes valley,lama dah nak pergi, kali ketiga baru dapat masuk masa kali pertama dan kedua tak jumpa pintu masuk. Masa ni Jannah baru belajar-belajar nak main skate, penat juga dibuatnya, sebabnya jannah tak pandai imbang badan lagi. Ayah dia lah jadi mangsa pimpin tangan jannah..:)



Di suatu petang di Chatsworth Garden,Sheffield.




Nanti sambung lagi part 2.

Tuesday, 2 June 2009

Bedah Surah Al -Fatihah


Hari ni saya terfikir sesuatu, sebabnya dua minggu lepas saya membaca Tafsir Surah Al Fatihah- Tafsir Fil Zilal. Apabila saya baca sendiri, sebelum ni ada mak naqibah saya bagi..tapi bila membaca sendiri lagi terkesan di hati saya.

Al-maklum semua, bacaan Al Fatihah adalah bacaan yang sangat penting dalam solat. Apa jadi jika tak baca atau bacaan kita tak betul??? Solat kita menjadi tidak sah...itu kita tahu sejak sekolah lagi. Tetapi adakah pengetahuan kita dari dulu sampai ke hari ni macam tu jer..statik jer.."dah baca sah lah solat".

Pernah tak kita tertanya kenapa begitu Special surah Al Fatihah ini sehingga Allah perintah kita baca didalam solat dalam setiap rakaat setiap hari??? Kenapa jika tidak baca atau salah baca TIDAK SAH SOLAT??? Tahu tak kita setiap ayat yang kita baca Allah akan menjawab??Hakikat sebenarnya kita sedang berdialog dengan Allah?? Rasa ker kita apabila membaca Al Fatihah kita begitu hampir dengan Pencipta kita dan sayangnya Dia kepada kita???

Bila saya mula baca tafsir quran?? Jangan keliru yer tafsir Quran bukan terjemahan Quran. Tafsir al Quran adalah penerangan tentang sesuatu ayat dan mengandungi hadith2 berkaitan sesuatu ayat. Kesyukuran pada Allah beri saya peluang kesempatan mengenali dan memahami serba sedikit tafsir apabila saya berada didalam usrah. Pengenalan saya adalah dengan tafsir surah-surah pendek juzu' Amma.

Apa yang saya dapat dari membaca tafsir??

Sebelum ini saya suka baca buku-buku novel...Apabila membaca buku novel, biasanya saya akan lihat bagaimana penulis mengolah cerita...ada yang berjela-jela..senada jer dan bosan..baru baper helai dah tutup, ada yang buat saya tak puas hati sebab nak tahu dan nak tahu dan terus membaca sebab nak tahu penghujungnya..boleh duduk terus dalam bilik baca sampai habis, jika best akan ingat jalan cerita satu persatu dan watak-watak didalam cerita kekal didalam fikiran. Tapi sekarang teringin nak baca novel tapi mesti dalam kepala buku sirah tak habis baca nak baca novel...

Apa kaitan dengan baca novel ni??
Apa yang saya nak kaitkan adalah bagaimana jika kita baca surah Al Fatihah...kita boleh jatuh cinta dengannya dan lebih best dari baca segala novel? Bagaimana nak jatuh cinta jika kita tidak faham dan menghayati jalan ceritanya.
Lebih-lebih lagi orang macam saya bukan pelajar berkelulusan bahasa arab..hanya sedikit asas tentang bahasa arab semasa belajar dulu dari tingkatan 1 hingga 3 .

Jadinya apabila membaca tafsir saya dapat tahu sedikit seni memahami susunan ayat Quran dan cerita disebalik ayat-ayat Quran. Sebagai contohnya Surah Al -Fatihah , cerita diawal-awalnya adalah kita menyebut nama Allah, selari dengan ayat quran yang pertama Allah turunkan kepada Rasulullah s.a.w -"Bacalah dengan menyebut nama tuhanmu". Kemudian puji-pujian kepada Allah,tanda kita seorang hamba kepada Pencipta. Selain daripada itu tahu ker kita dalam ayat surah Al-Fatihah juga mengandungi penegasan dan pengharapan. Ayat yang mana yer ada yang tegas dan ada pengharapan?

Jika kita rajin lagi buat researchtentang surah-surah yang lain, kita akan tahu bahagian mana ayat yang mana Allah marah, ancaman dari Allah , pembalasan, peringatan dan daripada membacanya kita tahu tersangat sayangnya Allah kepada kita kerana Allah telah bagi kita tips2 supaya kita menjadi ahli syurga. Itulah kekadang ada imam-imam yang boleh menangis bila membaca Quran didalam solat. Dan didalam ayat-ayat Allah, ada watak-watak manusia yang Allah suka yang boleh kita jadikan idola dan tak suka yang selalu diulang-ulang supaya diri kita tidak jadi seperti mereka.

Oleh yang demikan sama-samalah kita berusaha sedaya upaya up kan pengetahuan kita tentang Quran. Jika kita boleh upkan skill memasak kita, skill memblog, skill menulis, up kan ekonomi hidup, up kan resume kita dengan pelbagai sijil dan anugerah...kenapa kita tidak boleh up kan skill kita untuk memahami ayat-ayat Allah??? Sehingga kita jatuh cinta dengan kata-kata Allah, yang pasti benar dan asli.

Sebelum kita bedah buku yang lain2...marilah mulakan dengan bedah surah Al Fatihah seterusnya ayat-ayat Allah yang lain. Sediakan peruntukan wang untuk membeli Tafsir Al-Quran dan berguru untuk memahaminya.

Doa kita setiap hari...
"Tunjukilah kami jalan yang lurus" tapi bila Allah telah beri mengapa kita sering menepisnya...???




Tazkirah untuk diri ini,

Wednesday, 20 May 2009

Tiada Pelangi Tanpa Hujan


Adik-adikku yang kurindui dan yang kusayangi
perjalanan hidup kita terlalu jauh
perjalanan yang jauh pasti akan melalui jalan yang berliku
dan itu telah pasti kerana Allah jadikan dunia untuk kita diuji
sepanjang jalan itulah membuatkan kita jatuh dan bangun dan kadangkala ada masa kita terduduk keletihan dan putus asa
namun kakakmu yakin adik-adikku ada kekuatan yang Allah kurniakan
untuk terus berjalan dan mencari sinar disana

Kekadang bila kita bertemu..
pasti akan keluar kata-kata bestnya kalau mak ada..
tetapi telah ditakdirkan mak pergi dulu
sebelum sempat melihat kita membesar
yakinlah pasti ada hikmahnya
adakala ada perkara diluar kawalan
itulah manisnya Muslim
tiada yang sedih dalam hidupnya
kerana percaya qada' dan qadar.

Walaupun kita tiada siapa yang meleteri
menasihati berulang kali
memujuk menyokong beri tunjuk ajar
jangan lupa
kita masih ada Allah
yang tersangat hampir
lebih hampir dari urat dileher
yang sangat Pengasih
yang sangat Penyayang
yang sangat Pengampun

Mohonlah
Mengadulah
Mengharaplah
kepadaNya yang Esa.

kerana Dia pencipta kita
Dia yang lebih mengenali kita
suburkan iman didalam diri
kerana bekal kekuatan didalam perjalanan
yang tidak tahu bila penghujungnya.

Doa kakakmu sentiasa bersamamu.
Salam sayang adik-adikku.

Monday, 18 May 2009

The Heart of A Muslim

I love this nasyeed so much and I dedicate to you all...:)

Sunday, 17 May 2009

Jom!!..Kita gi camping

InsyaAllah pada 31 Julai hingga 2 Ogos MSM akan menganjurkan satu perkhemahan di Wales. Kepada anda yang berada di UK....jangan lepaskan peluang ini untuk bersama keluarga dan anak-anak dan pakat-pakat dengan kawan-kawan yang berada di UK...membuat temujanji di PERKEMAS'09..:) Kita berkenal-kenalan dan bertukar khabar berita disamping beraktiviti bersama.

JOM...

Perkhemahan santai bersama keluarga di

Perkhemahan Musim Panas 2009, PERKEMAS 09

Pada 31 Julai- 2 Ogos 2009.

perkemasPTT-final1


Friday, 15 May 2009

Rindu nak tengok pantai...

Tinggal di bumi UK ni susah cket nak tengok pantai..ada pantai tapi jauhhhh dari Sheffield. Sejak dua menjak ni saya rindu dengan pantai..

Masa bank holiday yang lepas..sehari lepas main netball..saya berkesempatan untuk singgah di tepi pantai di Pembrokeshire. Sebenarnya perjalanan saya dan keluarga ada tugas yang perlu diselesaikan.

Tugas kami adalah di Pembrokeshire, Wales....tapi sebelum sampai kesana kami singgah bermalam di Cardiff. Ohhh...rasa jauh juga...kami bertolak pukul 2.30 ptg dan sampai di Cardiff 5.30 ptg. Jannah dalam kereta tido bangun tido bangun tak sampai-sampai...bila terjaga jer tanya.." kami nak pergi mana mama.." soalan berulang-ulang kali, sempat ayah dia betulkan tatabahasa lagi "bukan kami..kita, kita nak pergi mana ?". Itulah budakbudak Melayu di UK, sekolah tak belajar Bahasa Malaysia.

Bila masuk sahaja Wales...setiap sign board ada dua bahasa..satu English satu lagi pelik cket..tak reti nak sebut..itulah bahasa Welsh. Lagi satu yang saya perasan orang-orang Wales sangat peramah dan mudah hulurkan pertolongan.

Bila dah nak masuk Cardiff...kami melalui




Terus kepala teringat kat Malaysia...macam jambatan pulau pinang jer.

Kemudian kami jumpa sesuatu yang sangat biasa di Malaysia...Jannah pun ingat..benda yang pertama kali jumpa selama hampir 3 tahun duduk UK...


"Mama macam kat Malaysia kat ni...kena bayar kan..kan mama?"

" Ini TOL jannah..macam kita nak pergi rumah Wan kat Bangi, " saya cuba mengingatkan Jannah. Bayaran tol adalah 3.50 pound.

Akhirnya kami bermalam di hotel Express Holiday Inn..hotel yang paling murah yang kami dapat, 50.00 pound semalam.

Keesokkan pagi kami bertolak dari Cardiff ke Pembrokeshire...perjalanan lebih kurang dalam 3 jam . Semasa kami breakfast di hotel..kami berkenalan dengan dua orang tua..sangat peramah..dia yang start tegur..dan tanya kami dari Malaysia?? Bila kami kata ya, panjanglah cerita dia. ..Dia pernah ke Malaysia dan selalu juga bercuti ke Singapura, Johor dan Kuala Lumpur...semasa borak-borak tu..(English orang Wales senang paham..dia guna standard English)... saya tanya dia kat mana pantai yang berdekatan..
lepas tu dia cuba meneka.."I think you miss Malaysia's beach??"..hehehe macam tahu tahu jer dia ni. Dalam pukul 10 pagi kami bertolak ke Pembrokeshire.




Di tepi hotel..sempat posing

Bila dah dekat-dekat Pembrokshire...kami melalui pantai.

"Mama I want to go to beach..promise mama..??"tanya jannah berulang-ulang kali...rupa-rupanya Jannah pun sama dengan saya rindu dengan pantai. Saya mengiyakan..tapi ayah dia disebelah tengah pening-pening sebab tak yakin dengan tom-tom..:)

Akhirnya sebelum balik sempat kami singgah Whitesands di St. David, Pembrokeshire.
Sempat main-main air..dan lepaskan rindu...bila tengok pantai teringat satu peribahasa..

"Jika takut di pukul ombak jangan berumah di tepi pantai"

Baik-baik Jannah...




Masa di Pembrokeshire..kami berjumpa Mr. Ian dan Mrs Judy untuk selesai beberapa tugas, Setelah semuanya selesai, kami dijemput makan ..kami dihidangkan dengan..Fish Pie..pastinya mereka tahu kami Muslim. Sempat saya tanya resepi..sebab nak tahu apa yang dia bubuh kat dalam makanan tu sebenarnya...dengan ramah Mrs Judy beri tahu saya macam mana nak buat fish pie..iaitu ikan kod, cheese souce, kentang dan sedikit parsley..pastu bakar dalam oven..Ohh itu jer..senang juga nak buatnya.
Kami pun makan dengan yakin.
Terima kasih Mr. Ian dan Mrs Judy dan anak-anak dia yang peramah. Yang adik nama dia Gwen dan kakak saya tak ingat...:D

InsyaAllah awal Ogos kami datang lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...