Thursday, 2 April 2020
2020C19
Bismillahirrahmanirrahim.
Gerak hati nak menulis dalam blog ni. Sesuatu yang penting mungkin.
Apa yang berlaku sekarang ialah semua penduduk bumi sedang dalam ketakutan dengan virus Covid-19. Kerdil manusia ni. Lebih kerdil sebenarnya dari virus. Lemah.
Semua hanya boleh duduk didalam rumah masing-masing tanpa boleh bergerak bebas seperti biasa..yang dulu rasa dunia ini aku yang punya. Tetapi sekarang merasakan dunia ini ada Kuasa lain yang punya.
Masih awal tahun, tahun yang dinanti-nanti suatu ketika dulu, tahun 2020
Siapa sangka,hujung Januari satu mesej diterima supaya kembalilah kepada Tuhanmu dan berhati-hati untuk perjalanan seterusnya.
Bersyukurlah dan bertaqwalah untuk selamat.
---
12.44am
3/4/2020
PKP C19.
Thursday, 11 April 2019
Monday, 31 December 2018
Syukur 2019
Syukur Alhamdulillah masih didalam iman dan Islam.
Syukur masih diberi umur untuk memperbaiki amalan dan memohon keampunan dari salah dan silap.
Syukur dan redha diatas segala pahit dan manis sepanjang 2018.
Alhamdulillah.
Semoga 2019 diberikan rezeki yang melimpah luas dan penuh keberkatan.
Semoga 2019 diberi semangat dan kekuatan untuk tingkatkan ibadah dan memberi.
Semoga dikurniakan hikmah dan perlindungan daripada tipu daya dunia, yang penuh kelabu.
Terus amalkan doa selepas Tahiyat Akhir sebelum Salam.
Selamat Tahun Baru semua.
Semoga perjalanan hidup lebih bahagia dan penuh keberkatan.
mamajannah
1/1/2019

Monday, 23 July 2018
rindu menyapa...
tetiba rindu my notakecil-ini :)
rindu Asma'ul husna yang ada disisi blog ni.
anybody miss my story here ?
^ _^

Wednesday, 14 September 2016
hati hati
Di saat langkah kebingungan
Semua berkabus kesangsian
Tekad meraih keputusan
Sehingga terhapus keraguan
Hati kan berdetik
Beri gambaran dan jawapan
Dan hati kan berbisik
Beri panduan mana arah pilihan
Pintalah fatwa dari hatimu
Kerna hati nan suci takkan menipu
Kebaikan bawa ketenangan
Jua ketenteraman
Pintalah fatwa dari hatimu
Kerna hati nan bersih takkan melulu
Kemungkaran akan menggetarkan
Jua kan meresahkan
Di saat langkah kebingungan
Semua berkabus kesangsian
Tekad meraih keputusan
Sehingga terhapus keraguan
Hati kan berdetik
Beri gambaran dan jawapan
Dan hati kan berbisik
Beri panduan mana arah pilihan
Pintalah fatwa dari hatimu
Kerna hati nan suci takkan menipu
Kebaikan bawa ketenangan
Jua ketenteraman
Pintalah fatwa dari hatimu
Kerna hati nan bersih takkan melulu
Kemungkaran akan menggetarkan
Jua kan meresahkan
Pintalah fatwa dari hatimu
Bersama dijunjungan
Fatwa hati
Fatwa hati
Fatwa hati
Semua berkabus kesangsian
Tekad meraih keputusan
Sehingga terhapus keraguan
Hati kan berdetik
Beri gambaran dan jawapan
Dan hati kan berbisik
Beri panduan mana arah pilihan
Pintalah fatwa dari hatimu
Kerna hati nan suci takkan menipu
Kebaikan bawa ketenangan
Jua ketenteraman
Pintalah fatwa dari hatimu
Kerna hati nan bersih takkan melulu
Kemungkaran akan menggetarkan
Jua kan meresahkan
Di saat langkah kebingungan
Semua berkabus kesangsian
Tekad meraih keputusan
Sehingga terhapus keraguan
Hati kan berdetik
Beri gambaran dan jawapan
Dan hati kan berbisik
Beri panduan mana arah pilihan
Pintalah fatwa dari hatimu
Kerna hati nan suci takkan menipu
Kebaikan bawa ketenangan
Jua ketenteraman
Pintalah fatwa dari hatimu
Kerna hati nan bersih takkan melulu
Kemungkaran akan menggetarkan
Jua kan meresahkan
Pintalah fatwa dari hatimu
Bersama dijunjungan
Fatwa hati
Fatwa hati
Fatwa hati
Friday, 22 July 2016
rasa viva
Malam tadi baca2 lagi tesis, ingat2kan balik flow cerita apa aku tulis tentang research aku ni. Lepas tu tengok balik slide presentation, jangan ada typo dan cerita yang penting2 je (ingat pesan sv). sebelum tido minta grup wasap kawan2 doakan. Pukul 12 tido baca doa tido..tawakal je..ingat keputusan dah tertulis..tawakaltu ala Allah. Zzzzz..
Sebelum subuh bangun..iron baju..malam tadi rasa nak pakai jubah ada bunga2 warna biru..tapi pagi ni rasa nak pakai baju kurung pahang plain (x serabut) hijau..so rasa cool cket kan hijau ni. Baju memainkan peranan penting to build up self confident! Lepas subuh mesej ayah..doa ayah penting..jarang cakap dengan ayah tapi aku tahu ayah ada instinct ttg anak2 dia..ayah mmg sgt kenal diri aku mcm mana.
Pukul 8 dah sampai ke pps..parking kereta dulu lepas tu pergi sarapan dengan en.abg kat cafe..ok lagi makan cket beehoon goreng dan air masak.
8.30 naik atas tingkat 3 car bilik viva..ooo kecik je biliknye..rasa panas plak..tetiba nampak kelibat internal examiner..dia tegur aku tanya2 pasal research aku..huhu kecut perut..aku cakap nanti aku citer :). Staff PPS minta aku guna desktop yang ada utk present sbb biasa kalau guna laptop student selalu masalah..aku okaykan je...aku tranfer slide ke desktop..nak bukak..ermm desktop tu guna ppt 2007 aku guna ppt 2010. AKU OKAY lagi save as ke lower version. Aku scroll slide..final graph yang penting takde..perghhh...tarik nafas.
Aku bukak laptop nak cuba jugak present tru laptop aku..cabutlah kabel dan pasang ke laptop..mmg tak kuar apa2 jadinya. OKAY..aku pun save as lagi sekali dan tranfer ke desktop PPS..aku boleh bukak kat desktop tapi tak terpancar kat skrin lcd plak..status no signal..kabel problem ni..masa staff n sv aku godek2 tu external dah sampai..senyum je tengok org2 ni betul2kan kabel..malu jugak rasa..tak well manage uni ni. Aku okay je..lantaklah korang setelkan teknikal..aku datang nak present dan defend thesis master aku ni. Akhirnya kata Pn. Dr. pengerusi ambil keputusan guna desktop je..nasib baik examiner cool..ok. Bermulalah aku bercerita..mencabar juga desktop jauh kedepan aku ni..akhirnya sampai ke QA session. Ucap Thank you lah aku cecepat.
Seterusnya adalah masa untuk belek cari mistake thesis aku page by page. Pengerusi kejer dia..okay page ni bahagian ni betul tak? Kekadang examiner okay tapi pengerusi kata tak betul ni..huhu..examiner pun sedikit sebanyak akan komenlah kan..nama pun examiner !:p..bila derang mintak penjelasan aku cerita..dan ada mmg mistake..aku yes I understand :)..Aku kan student mestilah ada silap jugak. Akhirnya dah habis semua..pengerusi suruh aku keluar sekejap. Cecepat aku keluar..nak tarik nafas udara luar..letih dah cakap. SV aku ada je kat bilik sebelah tunggu aku habis..mcm biasa dia happy sokmo walaupun aku rasa kecut perut. Special nyer ada SV ni tengok dia je tak jadi nak kecut perut..terus tenang...seolah2 dia berkata this is not a big deal in our life.
Kemudian aku dipanggil balik..
Dr. pengerusi cakap..Congratulation, your research has contribution and we give you 6 month to do correction. Alhamdulillah..tak kena tambah experiment ke apa..just betul2kan thesis..no problem. Sebulan kalau pulun boleh siap.
Panjang perjalanan nak buat Master by research aku ni..
Percubaan jadi student PG..pertama tahun 2007 jadi RA sekali , research dalam topik pattern recognition ,remote sensing image dan neural network..walaupun bukan bidang aku aku struggle lah jugak..berpuluh2 jurnal aku print..zaman tu xde mendeley. Cuma takde rezeki dah dua tahun aku kena ikut en. somi ke uk..dah jauh dgn sv dan aku dahlah tak pernah guna software IP..tapi sebelum aku pergi sempat present satu paper konferen..pertama kali ni..sangat teruja bila paper aku terpilih untuk present di dewan utama..dan aku terplih sebagai the best presenter..ada lagi award tu dlm almari.
Kemudian 2012, selepas kerja dua tahun sebagai production planner kat industri aku berhenti dan buat lagi Master. Bidang ni aku pernah dengar masa aku belajar kat uni..pensyarah cakap susah. Ermm..remote sensing image aku boleh survive takkan scheduling tak boleh. Dan kali ini dengan PSO. Aku lebih suka explore tentang PSO dr scheduling. Aku pernah cakap kat sv aku tak minat scheduling..SV kata dah 3 tahun baru nak cakap..hehehe. Masa present panel mmg suruh aku tekankan scheduling dalam thesis aku..huhu..takperlah they want to polish my weakness! soo.. I am Master for both :) positif okay!!
Banyak sangat mutiara kehidupan dari pelbagai sudut yang aku dapat sepanjang mengejar impian. Yang dapat disimpulkan..Truly trust yourself first then smart trust in a low trust world :)
Alhamdulllah, Thank you Allah for giving me the strong determination and independent skill :)
Whats next? May Allah show me the right path....

Tuesday, 28 June 2016
harapan Ramadhan 1437
Alhamdulillah dapat merasai Ramadhan yang ke 37 kali. Doa sentiasa untuk istiqamah membaca quran 1 hari 1 juzu', solat rawatib, solat dhuha dan solat malam. 10 hari awal rasa bersemangat dan dapat konsisten. Masuk hari 15 dah rasa longlai2 cket..ya Allah. Alhamdulillah ada grup wasap dan akhawat yang mengingatkan. Dapat juga bangkit pada minggu ketiga. Dalam cuba mengejar untuk semakin dekat dengan Allah..pasti ada dugaan menguji kesabaran dengan sikap2 manusia yang tak suka ke jeles ke..mmg tak faham. Panjat doa banyak2 semoga Allah permudahkan untuk beramal ibadat lebih2 lagi 10 mlm terakhir ni..teruskan solat dan sabar dan mohon diampunkan segala dosa.
Moga Allah luaskan rezeki untuk kebaikkan diri, keluarga dan ummah. Banyak harapan yang dipanjatkan..moga Allah makbulkan. Amin
Manisnya Ramadhan kali ini dapat pergi solat subuh dimasjid melihat wajah2 makcik2 yang istqamah berpagi-pagi dimasjid :). Ruginyer rasa jika waktu muda tidak kemasjid. Apakah fitnah ke masjid yang diasing tempat lelaki dan perempuan? Pergi shopping bersesak2 lelaki perempuan tidak fitnah? Lumrah hidup pastinya nak buat baik bukan mudah perlu mujahadah! Tabahkan hati.
Sedang berusaha menjad tetamu lailatu qadar, moga Allah izinkan.

Friday, 29 April 2016
Inspirasi
Didalam buku Inspired People Produce Results ada menceritakan tentang seorang posmen, nama dia Fred yang telah memberi inspirasi kepada seorang penduduk yang baru berpindah ke kawasan tempat dia menghantar surat. Penduduk yang baru itu adalah seorang profesional speaker dan setiap kali dia bagi talk di seluruh negara dia akan cerita tentang Fred.
Apa yang Fred buat sampai boleh memberi kesan yang mendalam kepada Mark ni sampai nama Fred sentiasa disebut-sebut? Dan mark telah menulis buku tentang Fred; The Fred Factor,published 2004: national bestseller. (boleh cari buku ni..)
Based on pengalaman Mark dengan Fred, ada 4 perkara perlu ada jika kita nak inspire other people around us:
1. Inspire, but don't intimidate.Fred is not inherently extraordinary or superhuman. He is someone we can all relate to. He is an ordinary guy doing an ordinary job an extraordinary way. Your behaviour at work should be like this.
2. Involve
Draw others into your effort to encourage, serve and inspire. when you involve others, your impact grows exponentially.

3. Initiate
If you decide to wait for just the right moment, you will be waiting a long time. Take a bold and quick action. Be humble in your motives but not in your example. when you initiate, you are the spark that lights a fire in others.

4. Improvise
when your staff sees you keeping a positive attitude and trying new solutions even when everything falling apart, they're likely to be inspired to rally around you.

Sunday, 10 April 2016
kesiannya perempuan ni..
kesiannya perempuan
cabarannya sentiasa
sentiasa diperhati dan sentiasa dinilai
sentiasa diperkata baik dan buruknya
anak-anak ramai berderet disenyum sinis
anak seorang ditanya
anak2 terkencing, merengek dan comot dikata
itu anak-anak
anak-anak ramai
bentuk badan berubah
kurang masa berdandan
suami mencari alasan
anak sorang
suami mencari alasan
itu suami
belum saudara mara ipar duai
dibanding-banding itu pasti
markah diberi
masyarakat lagi...
itulah yang terfikir dalam dua tiga hari ni setelah mendengar dan membaca situasi2 yang dihadapai oleh perempuan...
kesiannya perempuan ni
dalam berfikir dan tertanya-tanya
terdengar dalam radio IKIM petang tadi
tak dapat tahu siapa yang bagi pengisian cuma dengar dalam kereta
siapa ibu Imam Shafie..Imam yang disanjungi oleh umat Islam?
Ibunya adalah single mother..
Ramai lagi tokoh-tokoh hebat ibunya adalah single mother.
Perempuan hebat!
Bagaimana perempuan ini hebat?
Hebatnya bila hubungannya yang sangat erat dengan Pencipta perempuan itu sendiri menjadikannya hebat.
Apa jua perasaan yang dilalui kembalikan dan bertanyakan kepada Pencipta seluruh langit dan bumi,yang Maha Pengasih dan Maha Melindungi.
Pasti aman :)
Wednesday, 6 April 2016
Rindu
Rindu
Rindu ayah..rindu deruan motor ayah pepagi subuh pergi masjid..tak kira ayah balik pukul berapa membawa teksi..pepagi pasti ayah akan bangun awal. Melihat kesungguhan ayah pasti diri yang kekadang rasa letih akan bangkit. Ingin sangat semangat ayah ada pada diri ni.
Pasti jika telefon ayah..minta ayah doakan..ayah doakan alang ye murah rezeki..ayah gelak bukan murah..murah tak laku nanti..luaskan rezeki lah alang..ayah betulkan. Telefon ayah tak sampai 5 minit pun..tapi rasa berbunga-bunga jika dengar suara ayah.
Rindu
Kekadang rasa ish..dah kawin pun rasa rindu ayah...apalah
Rindu itu kurniaan Allah..Allah yang titipkan rasa rindu itu..so jangan salahkan saya.
Rindu..
Semoga ayah sihat dan pastinya saya doakan syurga buat ayah.
Anak ayah.
~rindu notakecil-ini, coretan pertama sekian lama tak berkongsi cerita tentang ayah :)

Friday, 18 September 2015
Saturday, 9 May 2015
cinta dan kasih sejati.
Sebelum pergi rumah wan..jannah cium peluk pipi aku. Aku tak ikut sebab nak siapkan kerja dan rasa nak masa untuk diri sendiri.
Tetiba ..esok hari ibu..kalaulah mak ada lagi pasti aku akan call mak bagi mak hadiah. Tapi Allah lebih menyayangi mak..sempat bersama mak selama 11 tahun sahaja. Apalah yang aku tahu ketika itu. Mak...hadiah yang paling berharga untuk mak adalah doa dari dan anak yang soleh dan solehah. Inshaa Allah kita bertemu di sana..
Jam dah pukul 12 malam, rasa nak tidur dulu esok pepagi sambung kerja. Rebahkan badan dikatil..tapi tekak terasa haus. Bangun dan turun bawah ke dapur..capai gelas dan air masak. Nak duduk..tiba-tiba terpandang sesuatu diatas meja makan...ya Allah..Jannah...
Sebuah hadiah yang dibalut ringkas..tertulis Kepada Mama. Selamat Hari Ibu 2015..terharunya..tadi teringat arwah mak..tak terfikir pun akan dapat hadiah sempena hari ibu.
Bersyukur diatas rezeki yang Kau beri.
-----------
Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu.

sepuluh ringgit
Dapat 30 ringgit, 10 ringgit untuk beli buku jannah di BBW , ini kali ketiga jannah minta ke BBW dan 20 ringgit nak isi minyak..minyak kereta dah lap lip lap lip,cukup untuk ke petronas dahulu.
Masuk kereta..tengok purse..ooo ada 10 ringgit lagi dalam purse rupanya. Takpelah standby mana tahu jannah nak beli extra buku..aku memang taknak beli apa-apa di BBW. Pergi petronas dan isi minyak kemudian pergi ke BBW..parking kereta dibahu jalan depan kedai mamak , BBW seberang jalan je. Keluar kereta melintas jalan, dah selamat tetiba sebuah kereta berhenti..seorang lelaki bersama seorang baby didalam carseat. Dia beri salam..aku tengok je muka dia..dengar apa dia nak cerita. Lambat juga dia nak cakap...kemudian dia cakap dia dari J nak ke AG..tapi minyak kereta nak habis. Masalahnya sling beg dia tertinggal dan dompet handphone semua tertinggal. Kemudian dengan lambatnya untuk menuturkan kata-kata...dia cakap boleh ke dia pinjam 10 ringgit untuk isi minyak?
Dalam kepala mula fikir orang jahat ke..orang ni tipu ke..hati-hati juga. Tapi tengok baby dan air muka dia tak nampak dia tipu. Sepuluh ringgit..?? dalam purse mmg ada extra 10 ringgit je..nak bagi ke tak..ya Allah Kau ingin menduga ku..
Aku buka purse hulurkan sepuluh ringgit. Dia minta nombor telefon untuk pulang balik nanti. Dalam hati aku rezeki kamu sepuluh ringgit itu...ambillah.
-------------
rezeki itu ada.

Tuesday, 18 November 2014
Friday, 24 October 2014
Bomba Sentiasa Menang
Assalamualaikum dan selamat pagi :)
Nak ucapkan juga Selamat Tahun Baru,1 Muharam 1436 semua. Sama-sama muhasabah amal setahun yang lalu dan merancang amal yang diredhai untuk tahun ini.
Pada diri saya, tahun ni nak sempurnakan azam tahun lepas yang masih belum selesai.
Ingatkan diri jangan putus asa dengan pertolongan dari Allah dalam setiap ujian yang dihadapi.
Teringat cakap seorang pakcik ni beri nasihat. Katanya, "Bomba sentiasa menang!". Bila dengar saya senyum dan hati kembali berbunga-bunga bersemangat.
Kekadang ujian persekitaran membuatkan kita berubah. Daripada seorang yang lembut menjadi seorang yang keras. Seorang yang penyabar menjadi pemarah. Daripada seorang yang rajin kepada sombong.
Apabila ujian yang datang daripada orang-orang yang selalu bersama kita boleh jadi suami, mak ayah, adik beradik, anak atau kawan-kawan, tanpa disedari merekalah yang telah menjadi agen pengubah diri .Ujian demi ujian itu akan membentuk diri kita samada semakin baik atau tidak.
Seorang sahabat mengingatkan saya bila saya kata saya inginkan diri saya yang suatu ketika dahulu. Dengan ikhlas dia pesan, kalau nak saya yang dahulu jangan hadkan kesabaran.
Seorang sahabat mengingatkan saya jika tidak kerana masa lalu kita tidak akan berada disini.
Sangat bersyukurnya saya dikelilingi sahabat-sahabat yang ikhlas. Sahabat yang berkata benar walaupun pahit kerana perasaan sayang kat kita tanpa mengharapkan balasan. Semoga Allah memberkati kamu sahabat.
#taksukakawanyangpujiwalaupunkitasalah
#kawanosembawakesyurga
#agenpengubahygbaik
#Hijrah1436

Tuesday, 7 October 2014
sombong bila tidak bersyukur
Bismillahirrahmanirrahim.
Harini terasa nak kongsi satu notakecil yang tersemat dalam fikiran saya kepada pembaca.
notakecil : Bersyukur itu susah dan perlu diminta supaya kita sentiasa ingat untuk menjadi hamba yang bersyukur. Rasa syukur dapat bersihkan diri daripada sifat mazmumah seperti sikap sombong, keluh kesah, hasad dengki,mengumpat,berdendam, putus persaudaraan dan akhirnya membawa kepada kehinaan dunia dan akhirat.
"..Dan amat sedikit dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur." (Surah Saba', 34:13)
"..akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur ." (Surah al-Baqarah,2:243)
Doa yang indah untuk kita amalkan supaya kita tidak tergolong didalam golongan yang tidak bersyukur. Doa Nabi Sulaiman As terdapat dalam Al Quran surah An Naml:19
Firman Allah : maka dia tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdo’a: “Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni’mat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh”. (QS An Naml: 19)
Nabi Sulaiman yang menjadi raja ketika itu tetap menjaga dirinya supaya tidak leka dengan kekayaan dan menjaga dirinya supaya tetap rasa hamba yang bersyukur. Apatah lagi kita yang kerdil ini..
Rasa syukur dapat meningkatkan kualiti jiwa hamba meskipun tidak berharta. Memburu harta tidak salah, tetapi jangan dipinggirkan iman dan persaudaraan dalam pemburuan itu… (Genta Rasa)
.ok nak sambung tulis report..jumpa lagi :)
Friday, 27 June 2014
Ramadhan,do our best
List to do:
-Set the goal and proper planning to make difference.
-Lets make a wish in every minute and believe you wish will come true.
-Time to recharge our iman with reading ,listening and understanding Quran.
p.s Grab the chances to achieve the 'highest profit' and may our Patience and Strength take us closer to Allah.
Sunday, 11 May 2014
pertengahan tahun 2014
Assalamualaikum wrt.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
Syukur keatas segala kurniaan yg Esa kepada saya dan pembaca notakecil-ini semuanya.
Last entry saya 12 January 2014, hari ni 12 May 2014..lagi 30 hari kita akan sampai ke pertengahan tahun.
Recall back apa set target ..usaha dah sampai mana??
My Roles n Responsibilities
Mother
Wife
Student
Daie
Businesswomen
Daughter
Sister
Tahun ni nak habiskan study..plan awal by june submit thesis tapi ni baru jer dapat final result so due date extend to August inshaAllah.
Bisnes saya so far Alhamdulillah banyak benda baru yang saya belajar. Thanks to co. Refubee byk mengajar dan mendorong dan memberi inspirasi :) Pertengahan tahun ni saya tidak target untung ribu-ribu tetapi lebih kepada marketing network :)..InshaAllah habis study boleh all out bisnes.
As daie kena tingkatkan mutabaah amal esp. solat malam. Target min. twice a week and reading quran 1 juz a day ..inshaAllah.
As mother,wife,daughter and sister nak banyak memberi dan menolong .
Last but not least peringatan untuk diri sendiri tanggungjawab lebih banyak dari masa yang ada. Perbaiki urusan masa!!
In sha Allah , semoga dipermudahkan dan diberi pengakhiran yang baik. Amin.
Ramadhan semakin hampir...
Tips berpagi2..

As muslim berlumba2 bangun awal utk Tahajud dan Tadabbur Quran jgn lupa :)
Sunday, 12 January 2014
cerita awal 2014
Pejam celik hampir pertengahan bulan Januari 2014 sudah. Semestinya kita ada azam yang nak dicapai. Paling tidak pun kita ingin berjaya. Macam tu juga saya.. Feb 2013 saya telah menapakkan kaki untuk sambung master by research...ketika saya berani menapakkan kaki azam saya pastinya nak grad dan terbayang hari konvokesyen saya...my dream :)
Saya rasa begitu cepat masa berlalu setahun sudah berlalu dan bulan depan setahun saya belajar..apa progress saya? tahap mana dah saya ni? berapa peratus lagi nak habis? dah stage mana?
Awal tahun sewaktu saya nak pergi ke surau seorang rakan saya tegur..
"yati..tahun ni habiskan..bln 9 konvo?" kata Amir.
Saya selamba menjawab" inshaAllah boleh".
Jika nak tahu orang yang sama pernah menyapa saya sewaktu hari terakhir saya mengemas barang-barang dilab 2008, tinggalkan Malaysia.
"yati..habiskan study..jangan ko termasuk dalam statistik MIA"..kata Amir juga.
Saya sengih jer masa tu..sekali tu kata-kata Amir benar..masin mulut dia ni..hihi.
Harapan saya mudah-mudahan kata-kata semangat Amir pada awal tahun ini akan menjadi kenyataan. Amin. Jadinya azam saya yang pertama ialah berusaha submit final draft bulan Jun.
Tahun ni..09 Januari 2014 saya telah membuka kedai. Kepada pembaca notakecil-ini saya menjemput anda semua datang ke kedai saya yang saya namakan N.J shoppe ..nak tahu kedai saya dimana..kedai saya terletak x jauh boleh datang bila-bila masa yang anda rasa anda free..
Jemput ke kedai alam maya Facebook.
https://www.facebook.com/pages/NJ-Shoppe/177272809150586
..jangan lupa like :)..
Jika ingin merasa kenakkan pretzels sama ada sebagai snek, hadiah birthday..hadiah konvo..hadiah untuk mak bolehlah membelinya di N.J shoppe. Terima kasih.
Sementara ni kedai saya baru jual satu product..inshaaAllah masa-masa depan mana tahu ada produk lain..tapi buat masa ni biarlah fokus dan pepatah cina kalau nak berniaga jangan tamak.
Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran jangan lupa ..dengan segala limpah nikmat yang diberikan...yang penting masih merasai nikmat Iman dan Islam kan. Semoga tahun 2014 menjadikan kita lebih bersyukur dan berazam untuk tingkatkan amal-amal menuju kesyurga..kerana tiada kejayaan yang lebih tinggi selain dijemput ke syurga. Amin.
Semoga tidak berhenti berusaha..nak berjaya kena berkorban !
2014 bermula...................................................................tamat.
Isikan tempat kosong dengan sesuatu yang memberi impak positif..yuk!
Terima kasih lagi sebab datang dan membaca blog notakecil-ini..;)
Saya rasa begitu cepat masa berlalu setahun sudah berlalu dan bulan depan setahun saya belajar..apa progress saya? tahap mana dah saya ni? berapa peratus lagi nak habis? dah stage mana?
Awal tahun sewaktu saya nak pergi ke surau seorang rakan saya tegur..
"yati..tahun ni habiskan..bln 9 konvo?" kata Amir.
Saya selamba menjawab" inshaAllah boleh".
Jika nak tahu orang yang sama pernah menyapa saya sewaktu hari terakhir saya mengemas barang-barang dilab 2008, tinggalkan Malaysia.
"yati..habiskan study..jangan ko termasuk dalam statistik MIA"..kata Amir juga.
Saya sengih jer masa tu..sekali tu kata-kata Amir benar..masin mulut dia ni..hihi.
Harapan saya mudah-mudahan kata-kata semangat Amir pada awal tahun ini akan menjadi kenyataan. Amin. Jadinya azam saya yang pertama ialah berusaha submit final draft bulan Jun.
Tahun ni..09 Januari 2014 saya telah membuka kedai. Kepada pembaca notakecil-ini saya menjemput anda semua datang ke kedai saya yang saya namakan N.J shoppe ..nak tahu kedai saya dimana..kedai saya terletak x jauh boleh datang bila-bila masa yang anda rasa anda free..Jemput ke kedai alam maya Facebook.
https://www.facebook.com/pages/NJ-Shoppe/177272809150586
..jangan lupa like :)..
Jika ingin merasa kenakkan pretzels sama ada sebagai snek, hadiah birthday..hadiah konvo..hadiah untuk mak bolehlah membelinya di N.J shoppe. Terima kasih.
Sementara ni kedai saya baru jual satu product..inshaaAllah masa-masa depan mana tahu ada produk lain..tapi buat masa ni biarlah fokus dan pepatah cina kalau nak berniaga jangan tamak.
Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran jangan lupa ..dengan segala limpah nikmat yang diberikan...yang penting masih merasai nikmat Iman dan Islam kan. Semoga tahun 2014 menjadikan kita lebih bersyukur dan berazam untuk tingkatkan amal-amal menuju kesyurga..kerana tiada kejayaan yang lebih tinggi selain dijemput ke syurga. Amin.
Semoga tidak berhenti berusaha..nak berjaya kena berkorban !
2014 bermula...................................................................tamat.
Isikan tempat kosong dengan sesuatu yang memberi impak positif..yuk!
Terima kasih lagi sebab datang dan membaca blog notakecil-ini..;)
Thursday, 28 November 2013
-ve VS +ve
Semalam semasa didalam bulatan gembira saya, dalam satu perbincangan berkaitan kepentingan dakwah,
"untuk meneutralkan satu cas -ve kena ada 3 charge +ve " kata shu, pelajar yang sedang menuntut dalam master kejuruteraan elektrik.
Teringat didalam kepala saya yang cuba mengaitkan ilmu sains ni dengan ilmu dakwah . Apabila kita berhadapan dengan dua keadaan diantara mencegah kemungkaran dan melakukan kebaikan, didalam kitab hadiths HIKAM yang mana satu kita kena buat dulu,kita hendaklah mencegah kemungkaran terlebih dahulu sebabnya keburukan lebih mudah tersebar daripada kebaikan. Dan keburukan itu susah ingin dibersihkan jika ia berlaku.
Cantik susunan Allah..untuk meneutralkan semula cas -ve perlu ada 3 cas +ve. Kalau tidak cukup cas positif maka yang negatif akan lebih berkuasa .
Jika kita ingin berubah kearah yang lebih baik kita disuruh untuk berhijrah ketempat yang lebih baik dan berkawan dengan kawan-kawan beramal soleh dan solehah...lebih banyak cas positif lebih baik.
Semalam
Hantar pretzels di jj melaka...menempah pretzels untuk di jual di boothnya. Sampai-sampai boothnyer sangat mengujakan saya..ada durian crepe, cupcake, cheese cake, moist cake dan pretzels..feveret saya cheese cake. Bertemu saling berkenalan, ramah dan terbuka.. walaupun baru pertama kali bertemu terasa macam dah lama kenal. Banyak juga dia bercerita berkongsi pengalaman bagaimana dia berhenti kerja dan berniaga. Sebelum balik saya cakap kat dia saya rasa macam dah lama kenal jer. Kemudian dia balas
"kak fikiran kita hati kita kena POSITIF, bila positif orang yang datang kat kita pun positif dan jaga hubungan dan niat nak tolong tu penting, rezeki tidak kan putus" .
Saya tersenyum dan mengucapkan terima kasih kerana memberi saya tips yang sangat berguna dan sebelum balik saya ingin membeli sebekas cheese cake, tetapi duit saya ditolak .."saya bagi percuma".
Jazakillahu khairan katheera.
Syukur kepada Allah kerana pertemukan saya dengan mereka. Semalam mesej yang sama saya dapat daripada penyampai yang berbeza...hebatnya cas +ve.
------------------------------------------------------------------
Hari ini,
Syukur kepada Allah, permohonan saya diterima dan Refubee Pretzels telah dijual dikoperasi uni.
Positif selalu , yang -ve masukkan dalam botol tutup rapat-rapat dan dibuang jauh-jauh..(tips dari majalah solusi edisi 61).
Ya Rabb,bimbingilah diriku kejalan yang lurus dan jalan yang diredhai.
Salam Jumaat.
mood..rindu jannah.

Subscribe to:
Posts (Atom)