Saturday, 9 May 2015

cinta dan kasih sejati.

Sebelum pergi rumah wan..jannah cium peluk pipi aku. Aku tak ikut sebab nak siapkan kerja dan rasa nak masa untuk diri sendiri.

Tetiba ..esok hari ibu..kalaulah mak ada lagi pasti aku akan call mak bagi mak hadiah. Tapi Allah lebih menyayangi  mak..sempat bersama mak selama 11 tahun sahaja. Apalah yang aku tahu ketika itu. Mak...hadiah yang paling berharga untuk mak adalah doa dari dan anak yang soleh dan solehah. Inshaa Allah kita bertemu di sana..

Jam dah pukul 12 malam, rasa nak tidur dulu esok pepagi sambung kerja. Rebahkan badan dikatil..tapi tekak terasa haus. Bangun dan turun bawah ke dapur..capai gelas dan air masak. Nak duduk..tiba-tiba terpandang sesuatu diatas meja makan...ya Allah..Jannah...

Sebuah hadiah yang dibalut ringkas..tertulis Kepada Mama. Selamat Hari Ibu 2015..terharunya..tadi teringat arwah mak..tak terfikir pun akan dapat hadiah sempena hari ibu.
Bersyukur diatas rezeki yang Kau beri.
-----------

Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu.


sepuluh ringgit

Dapat 30 ringgit, 10 ringgit untuk beli buku jannah di BBW , ini kali ketiga jannah minta ke BBW dan 20 ringgit nak isi minyak..minyak kereta dah lap lip lap lip,cukup untuk ke petronas dahulu.

Masuk kereta..tengok purse..ooo ada 10 ringgit lagi dalam purse rupanya. Takpelah standby mana tahu jannah nak beli extra buku..aku memang taknak beli apa-apa di BBW. Pergi petronas dan isi minyak kemudian pergi ke BBW..parking kereta dibahu jalan depan kedai mamak , BBW seberang jalan je. Keluar kereta melintas jalan, dah selamat tetiba sebuah kereta berhenti..seorang lelaki bersama seorang baby didalam carseat. Dia beri salam..aku tengok je muka dia..dengar apa dia nak cerita. Lambat juga dia nak cakap...kemudian dia cakap dia dari J nak ke AG..tapi minyak kereta nak habis. Masalahnya sling beg dia tertinggal dan dompet handphone semua tertinggal. Kemudian dengan lambatnya untuk menuturkan kata-kata...dia cakap boleh ke dia pinjam 10 ringgit untuk isi minyak?

Dalam kepala mula fikir orang jahat ke..orang ni tipu ke..hati-hati juga. Tapi tengok baby dan air muka dia tak nampak dia tipu. Sepuluh ringgit..?? dalam purse mmg ada extra 10 ringgit je..nak bagi ke tak..ya Allah Kau ingin menduga ku..

Aku buka purse hulurkan sepuluh ringgit. Dia minta nombor telefon untuk pulang balik nanti. Dalam hati aku rezeki kamu sepuluh ringgit itu...ambillah.

-------------
rezeki itu ada.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...