Sunday 26 July 2009

Kerinduan akhirnya terubat..

Hampir tiga tahun duduk di Sheffield ni kami belum pernah sekali balik ke Malaysia, pastinya kerinduan pada kedua ibu bapa dan kaum keluarga di Malaysia sangat dirasai. Rindunya pada semua..tetapi itulah lumrah kehidupan dan fitrah manusia yang telah ditentukan Allah, naluri manusia ada perasaan rindu, apatah lagi kepada kedua ibu bapa yang telah mendidik dan menjaga diri kita dari sekecil-kecil tapak kaki hingga dewasa.

Jumaat, 24/07/2009- kerinduaan akhirnya terubat...

Selepas suami pulang dan selesai makan malam , kami terus bersiap-siap untuk ke Stanted . Jam telah menunjukkan pukul 8.30 malam , suami meminta kami segera supaya tidak lambat sampai. Perjalanan dari Sheffield ke Stanted Airport,London mengambil masa lebih kurang 3 jam. Perjalanan yang agak jauh.

"Rasa macam nak balik Bangi." sapa suami saya.

"Sebab rasa mak abah dekat jer" sambungnya lagi.

Saya tertidur didalam kereta...tapi dalam tidur tu rasa macam ada bunyi telefon..bila dah buka mata takder pula, terlelap lagi..

Dalam pukul 11 malam kami sampai dan suami terus kejutkan saya kata dah sampai. Kebetulan telefon berbunyi...tulisan tertera di skrin "Abah" dan baru saya perasan ada 5 panggilan terlepas..huhu, abah dah sampai dah lama dah hampir 30 minit.

Kami mencari-cari, tetiba dengar satu suara dari belakang

"Jannah, Jannah..."

Bila toleh ke belakang seraut wajah yang kami rindui, Abah... berbaju kemeja bersarung sweater yang ada lambang bendera Malaysia dihadapan dan dibelakang lagi :)

Jannah malu-malu dengan atuk dan wan dia. Kami bersalaman dengan abah dan kemudian dengan mak. Mak memeluk saya dan mencium pipi saya, rasa rindu sangat. Alhamdulillah mak dan abah selamat sampai dan susuk badan tak banyak berubah, tetap nampak muda..;)

Bagi mak ini kali kedua, kali pertama mak datang dengan saya dan bagi abah pula ini adalah kali pertama sampai di bumi UK. Alhamdulillah Allah kurniakan kekuatan , rezeki dan peluang untuk ziarah melalui "Now Everyone Can Fly".

Sampai dirumah kami , mak terus buka begnya...penuh bungkusan makanan...Alhamdulillah lepas, rezeki kami..:)

Malam tu kami dihidangkan dengan udang, sotong goreng tepung, rendang daging dan nasi empit, dan ikan bermacam ikan yang telah siap digoreng dan juga telur masin. Itu yang telah siap dimasak belum lagi bahan mentah...terutama petai, daun kesum , bunga kantan dan banyak lagi.

Terima kasih mak...walaupun mereka adalah mak ayah mertua tetapi jiwa kasih sayangnya tiada beza diantara menantu dan anak. Itulah kelebihan mak dan abah. Kelebihan mak adalah pandai memasak terutama gulai lemak cili api dan sangat pemurah...suka bekalkan apa sahaja untuk anak-anaknya, macam-macam kami dibekalkan.

Nampaknya selama tiga minggu ni...kami boleh naik berat badan...hehehe, tapi kami tidak risau sebabnya Ramadhan akan tiba.

Keesokkan pagi lagi kami bawa mak dan abah kemana lagi kalau bukan ke carboot...nampak mereka gembira.

mak dan abah

InsyaAllah kami akan bawa mak dan abah pergi camping hujung minggu ni...merasai pengalaman di negara omputih ni.

Destinasi hujung minggu ini...

cukup indah..kombinasi sungai,gunung,batu, langit dan laut..SubhanAllah.

waktu recce camp site..

Monday 20 July 2009

Trip - Darnall- Grindleford

Pagi-pagi Jannah dengan penuh semangat bersiap-siap untuk ke sekolah sebabnya hari ini dia ada trip ke Grindleford dengan menaiki keretapi daripada Darnall. Saya pula berpeluang menyertainya sebagai pembantu. Yang seronoknya disini setiap kali sekolah membuat trip bukan sahaja anak-anak , malah ibu bapa akan juga diberi peluang untuk turut serta sebagai pembantu (helper).

Setiba disekolah, Mrs Ord , cikgu kelas Jannah, memberikan saya senarai nama pelajar yang perlu saya jaga sepanjang trip, kesemuanya seramai 4 orang 2 lelaki 2 perempuan. Jannah cuba ingin menyertai kumpulan saya tetapi Mrs Ord awal-awal lagi melarangnya, dengan rela terpaksa Jannah telah dimasukkan dibawah pengawasan Mrs Ord.

Mereka semua tidak sabar-sabar nak pergi, bersemangat dengan mendokong beg masing-masing dibelakang dengan bekalan air dan makanan, bersiap sedia untuk mengembara.

Jam 9.00 pagi lebih kurang 30 pelajar yang berumur 4-5 tahun beratur berdua-dua bersama-sama 6 orang dewasa termasuk cikgu dan ibu bapa. Saya perhatikan gerakan mereka sangat tersusun dan terkawal. Setiap anak-anak dikehendaki menjaga kawannya dengan berpegangan tangan sepanjang perjalanan dan mesti berada didalam kumpulan masing-masing dengan pengawasan seorang dewasa. Setiap kumpulan tidak boleh memotong barisan walaupun kumpulan dihadapan lambat. Ada juga anak-anak yang nakal terus kedepan...kemudian pasti ada suara yang memanggilnya.

Bila ada yang perlahan atau terjatuh...

''wait..'

bila ada yang tak peduli kawannya

"hold your partner's hand.."

bila ada yang keletihan

"come on we're nearly finish.."

Didalam barisan ada seorang ketua...nama dia Hassan berumur 5 tahun. Berkulit putih seakan-akan arab tapi berbangsa Pakistan. Peranan Hassan ialah pastikan kawan-kawannya dapat melintas dengan dengan selamat. Apabila tiba untuk melintas jalan Mrs Ord dan Miss Sill akan jaga dikiri kanan jalan untuk menghalang kenderaan...macam polis trafik. Kemudian

"Ok Hassan..." Hassan pun cepat-cepat melintas dan berhenti ditempat yang disuruh cikgu...dan tanganya akan mendepa bagi menghalang kawan-kawanya melebihi kawasan yang ditetapkan.

"Excellent , good leader, very sensible, good job" itulah diantara kata-kata pujian yang tak pernah lekang daripada mulut cikgu-cikgu untuk Hassan dan kawan-kawanya.

Perjalanan kami bermula dengan menaiki keretapi dari Darnall ke City Centre. Kemudian daripada City Centre terus ke Grindleford. Apa yang dapat saya lihat disepanjang menunggu keretapi tiba...mereka akan duduk di kaki lima, jadinya tiada siapa yang berkejar-kejar atau bermain-main. Jika tidak pasti tak terkawal maklumlah budak-budak riang ria. Cara ini sangat berkesan ...tapi untuk dibuat di Malaysia rasa macam tak sesuai sebabnya kebersihan tidak seperti disini.


Kemudian sampai di Grindleford kami berjalan menyelusuri kawasan hutan dan perkampungan. Pelajar-pelajar sangat gembira sebab sepanjang jalan mereka dapat melihat sungai, hutan, dan bintang ternakan seperti biri-biri, lembu dan juga llama. Macam-macam soalan yang mereka tanya tetapi cikgu-cikgu mereka tetap melayan dan menjawab dengan muka yang ceria. Setelah berjalan lebih kurang satu jam, akhirnya kami sampai ke destinasi akhir iaitu dikawasan sekolah tadika di Grindleford yang akan dibuka.

Kawasannya sangat bersih dengan hamparan hijau yang luas berlatar belakangkan kawasan kampung yang bersih dan pemandangan yang sangat cantik. Kami pun berhenti untuk berehat dan makan tengahari.


makan bekalan masing-masing

bermain bersama

Setelah penat bermain dalam pukul 2 petang kami bertolak pulang. Pada masa inilah kesian saya tengok anak-anak ni mereka terpaksa berjalan didalam keletihan. Tetapi sokongan daripada cikgu-cikgu untuk sampai ke destinasi tak pernah putus. Mereka berusaha walaupun kepenatan.

Setelah sampai tempat menunggu keretapi mereka lupa kepenatanyang dirasai dan terus duduk menunggu sampai keretapi sampai. Semasa menunggu sempat cikgu ajak bermain teka teki...

I spy with my little eye something beginning with....


sabar menunggu untuk pulang, Grindleford ke Sheffield


Pengalaman yang indah buat saya.Banyak benda yang dapat saya pelajari terutama layanan cikgu-cikgunya yang tegas dalam kelembutan..:) Semasa saya berbual-bual..seisi taaruf dengan cikgu kelas Jannah baru saya tahu tarikh lahir saya dan cikgunya adalah sama tarikh bulan dan tahun. Kebetulan masa tu ada pelajar yang tanya pada Mrs Ord siapa saya, terus Mrs Ord menjawab

"She is my twin" terus pelajar tu terpinga-pinga ...:) Comel jer.


Thursday 9 July 2009

Futsal..

Inilah kali pertama saya menonton perlawanan Futsal itupun setelah bergelar isteri..:)
Itupun di Sheffield..sebab Persatuan Masyarakat Pelajar Malaysia Sheffield (PMPMS) membuat perlawanan Futsal antara kawasan.

Tahun ni suami tercinta menjadi peserta...sehari sebelum temankan cari kasut dan semasa hari perlawanan kena teman dan jadi tukang jaga beg, ada jer benda yang diminta tolong jagakan, lagi satu ambil gambar......:) Walaupun tak tahu apa pun futsal tu, tapi sebab menjadi teman setia kena pergi... :)

Walaupun begitu saya ada juga minat tentang sukan ni..terutama badminton dan tennis terutama Juara Wimbledon tahun lepas...tahun ni pemain yang saya dan suami minat tak masuk sebab cedera...:) Kebetulan saya dan suami pun peminatnya juga. Tahun lepas sama-sama mengadap perlawanan akhir sampai habis...tapi tahun ni tak tengok habis.

Alhamdulillah hari tu saya dapat pengetahuan baru tentang Futsal..antaranya padang Futsal takder garisan pembahagi kiri kanan tengah , cuma ada garisan kawasana gol sahaja, takder outside..tendang-tendang bola sampai ke dinding pun boleh.., pemain 4 orang dan padangnya kecil dari padang bolasepak. Cara mainnya pun sangat bereza daripada perlawanan bolasepak.

Kekadang rasa hebatnya wanita ni kan...hehehe...bukan nak isi bakul angkat sendiri tapi kalau tak angkat sendiri nak minta tolong siapa, betul tak?? Walaupun kekadang isteri ni tak tahu pun apa dan kekadang bukanlah minat tapi untuk suami segalanya diturutkan ...demi suami tercinta, terutama tentang hobi dan makanan.
Tetapi itulah cantiknya ciptaan Allah hidup berpasang-pasangan antara suami dan isteri.

Sebagai seorang isteri , kita kena jugalah tahu tak banyak sedikit benda-benda yang suami suka..sekurang-kurangnya boleh jadi topik bercerita...;)
Ada satu yang saya belum tahu mendalam...hehehe tentang kereta. Tapi itulah yang paling suami suka. Kena belajar minat kereta pula selepas ni...tapi jika dah minat nanti kena belikan...pening pula kepala suami saya selepas ni.

Inilah hasil tangkapan gambar semasa perlawanan Futsal berlangsung. Walaupun pasukan Darnall tak menang tapi gaya pemenang tetap ada..:) Syabas Darnall.



Sibuk ayah bermain,
Jannah pun tidak ketinggalan untuk sibuk bermain...dipadang sebelah.

Seronok rasanya hari tu beriadah, berukhuwwah dan cergas tubuh badan.

Monday 6 July 2009

sambungan...Ketika Matahari Cerah II

Duduk didepan komputer memang tak boleh lama...lebih-lebih lagi bila jannah ada, memang dia tak bagi peluang mama dia duduk lama-lama tanpa bercakap dengan dia.

Kali ni nak berkongsi cerita jenjalan di city centre. Tujuan utama nak cari kasut untuk Jannah. Suasana city centre ketika itu lengang...tak ramai orang, pelik juga mana orang Sheffield pergi??
Masa duduk-duduk tu adalah makcik tua yang sedang menikmati cuaca yang tak panas sangat dan tak sejuk sangat..just nice. Jannah malu-malu...Jannah memang susah betul dengan orang yang dia tak kenali, dia mengambil masa untuk sesuai dengan orang. Jika orang lain yang mengambil gambar dia pun terus masam, itu yang susah nak ambil gambar bertiga.

Kami pun terus ke kedai Adam Kids, kebetulan ada sell by one get one free. Seronok juga masa memilih tu. Tapi bila memilih kasut..Jannah sangat cerewet..mesti ada bunga-bunga, warna pink dan kalau boleh ada tumit sedikit.
Saya cuma nak carikan dia sandal, sebabnya sekarang panas dan lebih mudah untuk dia pakai...pilih punya pilih akhirnya dapatlah sandal bewarna pink dan ada bunga-bunga kecil, kemudian kena pilih lagi satu sebab beli satu dapat satu...

Pening juga saya nak buat pilihan...Jannah nak kasut bertutup yang sedikit bertumit...tapi pilihan ayah dia kasut yang rata dan bertutup penuh, nampak ringkas dan selesa tapi tak 'girly' . Jannah tak nak pilihan ayah dia...seboleh-boleh nak pilihan dia. Apa lagi ayah dia terus tak sabar dan terus ajak balik dan terus keluar kedai.


Saya terus pening..dan tension juga...mana nak diikutkan ni...anak ke suami..Jannah dah nangis. Dalam hati sebenarnya tak suka situasi macam ni.

Saya suka pilihan ayah dia , dan saya tahu kasut pilihan ayah Jannah lebih selesa untuk berjalan, tapi si anak belum tahu menilai dan dia hanya tahu luaran sahaja...pink dan cantik dimata dia itulah dia suka.

Akhirnya saya pujuk Jannah..

"Jannah kita beli yang kasut ayah pilih ni yer jika tak Jannah tak dapat kasut lagi satu"
"Jannah tak nak pakai nanti" Jannah tetap tak puas hati.
"Takper Jannah tak nak pakai mama bagi pada sesiapa"
"Jannah tak nak pakai" ulangnya lagi taknak mengalah.

Akhirnya, saya terus ambil kedua-dua kasut. Tidak lama kemudian agaknya tengok saya tak keluar-keluar, ayah dia masuk balik dan saya terus bagi kedua-dua kasut untuk dibayar. Akhirnya si anak dan si ayah puas hati.

Tapi bila dah sampai rumah...saya cuba pujuk dan jelaskan pada Jannah kenapa kasut yang ayah beli bagus, saya tahu anak-anak ni perlukan penjelasan dan fakta yang dia yakini, jika tak...memang ditolak 100%. Itu yang kekadang ibu bapa tak sabar untuk berfikir dan menyusun kata-kata supaya anak dapat menerima.
Saya cakap pada Jannah,,

"Jannah cuba rasa lembut sangat kasut ni, bila Jannah pakai kasut ni tak sakitkan kaki Jannah"

"Cuba Jannah pakai, mama suka sebab dia lembut sangat"

Akhirnya Jannah cuba dan suka dan menerimanya. Kemudian datang kat ayah dia..

"Ayah, look I wear it" cakap tanpa rasa bersalah..

Itulah namanya budak-budak, jika tak tak namanya budak-budak.

Pengajaran yang saya dapat...isteri selalu berbelah bahagi antara suami dan anak...suami tolonglah fahami isteri.

Ibu bapa jangan malas untuk memberi penerangan kepada anak-anak...jangan fikir mereka kecil mereka tidak faham..mereka lebih mudah menerima yang baik.

Teringat iklan Petronas ni, masa kecil ayah begitu rajin melayan persoalan sianak..tapi bila masa berlalu dan si ayah sudah tua...anak pula yang tak tak sabar dengan kerenah si ayah .
Saya terfikir...situasi tu boleh berlaku kepada ibu atau ayah yang sabar melayan kerenah anak sewaktu mereka kecil.Bagaimana pula jika ibu atau ayah yang tak nak melayan kerenah dan pertanyaan anak sewaktu mereka kecil? Apa memori yang baik antara anak dan ibu bapanya yang masih tersimpan di ingatan anak yang boleh membawa mereka balik kepangkal jalan??

Sunday 5 July 2009

Ketika Matahari Cerah II

Pada musim panas ni ,di Sheffield memang penuh dengan aktiviti samada beraktiviti bersama keluarga atau masyarakat sheffield.

Seperti tahun-tahun lepas Keluarga Usrah MSM Sheffield akan mengadakan BBQ bersama. Kali ni kami telah memilih Grave Park...aaa bukan tempat kubur yer, tapi memang tempat ni dinamakan sebegitu. Nama jer menakutkan...tapi tempatnyer sangant cantik, ada animal farm, sungai, playground dan padang yang luas. Walaupun setengah hari tetapi ia tetap bermakna...semoga ukhwah kita berpanjangan.


nanti sambung lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...