Wednesday 29 April 2009

Di Sebalik Bermain..

Dalam seminggu saya akan pergi ke kelas English sebanyak dua kali dan pastinya kelas free. Kelas saya ada dalam 20 pelajar dalam lingkungan 25-35 tahun. Majoriti adalah terdiri daripada Pakistan dan Bangladesh..almaklumlah kelas saya ni di Darnall bukan di City Centre..:)

Dua hari lepas cikgu saya , iaitu Mrs Mumtaz berasal dari Pakistan tapi ada kacukan Belanda dan lama menetap di London, bertanya pelajar-pelajar apa yang kamu buat pada hujung minggu, termasuklah diri saya. Kebanyakkan menjawab duduk rumah dan shopping. Kemudian saya berkongsi dengan semua saya mengatakan yang saya menyertai perlawanan badminton antara wanita Malaysia Sheffield dan mendapat tempat ketiga. Dalam hati saya ialah bukan untuk berbangga tetapi ingin membuka minda wanita-wanita Muslim Pakistan supaya wanita Muslim juga boleh beriadah walaupun telah berkahwin...:)

Sebabnya sepanjang saya bersama-sama mereka , budaya Pakistan masih lagi menganggap wanita hanya duduk di dapur sahaja. Saya pernah berbual-bual dengan kawan satu kelas English, dah lama saya perhatikan dia..dia datang ke kelas hanya sebuah tas tangan yang kecil..dan semua nota yang bersaiz A4 dilipat dua supaya muat-muat dalam tas tangan . Saya tanya dia kenapa. Kemudian dia mulalah beri tahu dia taknak suami dia tengok dia bawa buku atau nota sebabnya suami dia tak suka..jika dia pergi kekelas suami dia tak pernah tanya dia kemana dan tanya apa dia belajar. Bila balik dia hanya sambung buat kerja rutin harian seperti biasa. Pada mulanya saya rasa pelik tetapi itulah hakikatnya.

Saya mengatakan saya bermain di Concord Sport Centre dan dianjurkan oleh masyarakat Malaysia disini. Kemudian tidak sangka cikgu saya begitu mengkagumi Malaysian"I know Malaysian here is very well organised," Saya hanya mengucapkan terima kasih dan tersenyum bangga sebagai rakyat Malaysia..:)Alhamdulillah imej yang baik.

Berbalik cerita bermain badminton..saya sebenarnya tidak pernah menyertai mana-mana perlawanan badminton sejak sekolah rendah ataupun universiti..masa belajar dulu yang pernah saya main adalah softball. Lepas tingkatan 4 hingga ke universiti tidak pernah pun menyertai mana-mana sukan..

Entah macam mana di Sheffield segala-galanya bermula..aura ingin mencuba sesuatu yang baru sangat tinggi. Itulah hikmahnya duduk di perantauan saya rasa , bila kita di luar comfort zone..kita akan lebih mengenali diri kita dan keupayaan diri yang sebenar.

Didalam usrah juga, telah mengajar saya supaya berusaha mencapai 10 ciri-ciri individu muslim..:) Salah satunya membentuk individu yang sihat tubuh badan, pastinya menjadi target saya.

Percubaan pertama saya bermain badminton dengan enam pasukan..:)

Terima hadiah daripada pengurus sukan, Kak Ayu dan partner beregu saya iaitu Suria dan juga penyokong setia kami Ayuni dan Jannah..:)

Jangan takut untuk mencuba..asalkan memberi kebaikan...:)

Monday 27 April 2009

Musim Bunga-Jalan-jalan

Bermula tiga minggu yang lepas sang suria telah menjengukkan dirinya di bumi Sheffield. Pepohon yang dulunya togel tidak berdaun telah menampakkan daun dan berputik bunga.
Begitulah indahnya kejadian Allah yang Maha Pencipta, walaupun pada musim sejuk pohon-pohon itu dahulunya bagaikan pohon mati tetapi setelah waktu yang telah ditetapkan maka tumbuh semula dengan permulaan yang begitu indah~MUSIM BUNGA.


Seluruh pohon diliputi bunga yang pelbagai warna, putih, merah, kuning, ungu dan pink., sungguh indah mata memandang. Pernah satu hari apabila saya dan Jannah melalui dibawahnya dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan gugurlah bunga-bunga berterbangan.

Sampai Jannah tanya saya "Is't snow mama,where is it come from?"

Pada masa ini juga kami berpeluang berjalan menikmati keindahan alam.

Jalan-jalan kami hanya disekitar Sheffield dan mengambil masa beberapa jam sahaja perjalanan. Kali ini kami telah memilih Ladybower Reservoir. Jika sesiapa yang pernah pergi ke Manchester dan melalui 'snake path' pasti akan dapat melihat empangan ini. Biasanya saya akan melihat dari tingkap kereta sahaja tetapi kali ini saya berpeluang menjejaki kaki ke sana.

Pemandangan di waktu petang bersama bukit-bukit yang sayup mata memandang, kicauan burung riang menyanyi, kemudian biru tasik sejuk mata memandang dan angin-angin yang sepoi-sepoi bahasa terasa tenang dan damai.



Sedikit info,


Ladybower Reservoir

Ladybower ReservoirDerbyshire's Ladybower reservoir was completed in 1945, providing drinking water for the cities of the north and east Midlands.
It is the largest of a chain of 3 massive reservoirs which are known collectively as the " Peakland Lake District".

Howden and Derwent Dams lie further up the valley. These two were used by the famous "Dambusters" in their experiments with Barnes Wallis' "bouncing bomb". Much of the film "The Dambusters" was filmed here.

When Ladybower was built, it submerged two lovely villages, Derwent and Ashopton. Many buildings were sacrificed beneath the waters including ancient farms and Derwent Hall, a property of the Dukes of Norfolk dating from 1672. The spire of the Parish church was visible for a while whenever the water level was low, but was demolished for safety reasons.
Tahun 1945 dah ada empangan canggih ni, Malaysia masa tu masih dijajah lagi.

Cuba teka apa ni..?


Tetapi ada satu perkara yang pelik berlaku...Jannah nak bawa payung???

Bila saya tanya kenapa..dia jawab.."Jannah tak suka cahaya matahari kena muka Jannah."
ooh..kami hanya tergelak kecil..dalam hati..macam mana bila balik Malaysia nanti.

Semua mata memandang kearah dia pelik..sebab mat saleh semua suka cahaya matahari...Jannah seorang yang bawa payung..tak suka cahaya matahari.


Aksi-aksi kami




berehat sekejap.. ayah dan anak


posing mak dan anak..:)



kami bertiga..


cantikkan mama ambil gambar ayah??


Nota kecil untuk suami ku dan ayah kepada anakku;


Friday 17 April 2009

Hari Jumaat , Berenang dan Baju Renang

Dunia UK telah mengajar saya banyak perkara salah satu daripadanya kursus tarbiyyah dan dakwah., Jika dulu rasa asing tetapi kini setelah mengikutinya dan memahaminya walaupun hanya sedikit, saya rasa ia suatu kewajipan yang perlu dikongsi supaya orang disekeliling saya juga merasai apa yang saya rasa, yang pastinya kursus ini tidak menawarkan saya sebarang anugerah Master ,Phd ataupun Sijil. Tetapi yang bestnya, kursus ini menawarkan saya anugerah yang paling besar yang boleh saya bawa dan bantu saya, dimana tiada siapa yang dapat membantu iaitu di hari perhitungan dan pembalasan di akhirat kelak, insyaAllah jika saya lakukan dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah.


Sejak sebulan dua ini saya sangat berminat untuk belajar berenang. Kebetulan di Sheffield ada satu kolam renang yang berdekatan iaitu di Upperthope dalam 15 minit dari rumah saya. Istimewanya kolam renang disini ia menyediakan sesi untuk wanita dan kanak-kanak sahaja dan ia tertutup. Dan saya ,mengambil peluang ini untuk bermain-main air bersama jannah..:) sebelum kami pandai berenang. Buat masa ni nak latih jannah supaya tidak takut dengan air.

Minggu lepas saya telah mengajak anak-anak usrah saya untuk pergi berenang bersama-sama kebetulan cuti sekolah selama dua minggu. Biasanya saya hanya pergi dengan Jannah sahaja, tetapi niat ingin berkongsi membuatkan saya mengajak anak-anak usrah saya dan beberapa kawan yang lain. Pagi-pagi kami telah berkumpul sebabnya sesi tu bermula dari pukul 9.15 pagi hingga 10.15 pagi. Semasa menunggu tu ada seorang anak usrah saya bertanya,

"Yati, suami saya tanya..takder hari lain ker nak pergi swimming?"

"Kenapa ? " Saya cuba mendapatkan kepastian apa yang mengelirukan dia.

"Takderlah suami saya kata hari nikan hari jumaat..sepatutnya untuk beribadat, ini pergi swimming" jelas kawan saya bagi pihak suaminya.

"Sebenarnya sesi ni ada hari selasa dan hari jumaat, saya pilih hari ni sebab kebetulan cuti sekolah . Kita boleh bawa anak-nak sekali" saya menjawab.

"Swimming ni bukan satu ibadat ker?" Saya cuba mengujinya. Dia hanya diam dan tersenyum.

Selepas daripada itu dari awal menaiki tram dari Attercliff ke Infirmary Road otak saya berfikir-fikir. Kenapa ada soalan yang macam ni?? Apa yang mereka maksudkan 'ibadah'?? Ibadah hanya diatas sejadah sahaja ker??

Kemudian dalam perjalanan kesana saya ditanya soalan lagi daripada anak usrah yang sama.

"Yati, swimming suit yang awak jual ni dari orang Islam kan? Suami saya kata entah-entah swimming suit yang awak jual tu bukan orang Islam yang buat, buat apa nak beli, mengkayakan orang kafir. " Terdiam saya seketika apabila mendengar soalan tersebut.

Sekali lagi suaminya telah membuatkan isterinya iaitu anak usrah saya keliru walaupun sebelum ini saya telah beritahu dia bahawa swimming suit ini daripada kawan saya yang diimport dari Malaysia dan direka oleh orang Islam sendiri sebagai alternatif untuk wanita Islam yang bukan sahaja mencapai standard swimming suit tetapi yang penting mencapai standard Allah.

"Betullah kata awak tu, memang baju ni orang Islam yang buat, " saya menyakinkan anak usrah saya. Kemudian saya balas dengan satu soalan supaya dia berfikir dan berharap suaminya juga berfikir.

"Kenapa awak pergi carboot?" soalan saya kepadanya dan dia menjawab

"Suami saya tak suka pergi carboot, " jawabnya bersahaja. Saya hanya tersenyum dan berdiam, tidak terkeluar soalan lain walaupun ada soalan nak tanya.

Semasa didalam kolam renang sehingga balik, satu hari saya berfikir, berbagai-bagai reaksi jika orang Islam ingin memulakan perniagaan, ini baru kecil sekadar import sahaja, belum lagi import eksport.

Lagi satu perkara yang saya fikir kenapa pula berenang tidak dikira sebagai satu ibadat Rasulullah s.a.w ada berpesan didalam satu hadith

"Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: (1) Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah). (2) Seorang yang mendidik kudanya. (3) Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya. (4) Belajar berenang." (Riwayat Thabarani)


Walaupun saya tidak mengambil pengajian Islam tetapi saya sentiasa berfikiran Islam adalah agama Allah, Allah yang telah menciptakan manusia dan dan Islam menyediakan suatu sistem kehidupan yang terbaik dan lengkap serta relevan sepanjang zaman untuk manusia.

Ajaran Islam tidak mengenal satu hari yang khusus untuk beribadat, sehingga dihari itu orang berhenti bekerja. Dalam Islam jika kita melakukan dengan bersungguh-sungguh dengan niat kerana Allah malah bangun malam menyediakan susu untuk anak juga merupakan suatu ibadah. Hari Jumaat adalah hari besar dalam Islam, tiadalah dihari itu kita berhenti melakukan sesuatu dan semata-mata duduk diatas sejadah melainkan sesudah mendengar azan dan hingga selesai solat Juma'at.

Kita hayati ayat-ayat Allah didalam surah Al Jum'ah 9-10

"Hai orang-orang yang beriman! Apabila dipanggil untuk mengerjakan sembahyang di hari Jumaat, maka segeralah kemu mengingati Allah dan tinggallah jual beli" Itu lebih baik bagi kamu, kalau kamu mengetahuinya. Dan apabila selesai mengerjakan sembahyang bertaburanlah di muka bumi dan carilah kurnia Allah (rezeki) dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya, supaya kamu beruntung".
Berenang di hari Jumaat menjadi tarbiyyah untuk saya, supaya sentiasa meningkatkan ilmu dan kefahaman tentang Iman dan Kehidupan..:)

Thursday 9 April 2009

Nota Kecil Untuk Sahabat


Kedatangan saya dibumi Sheffield akan meninggalkan satu kenangan yang sangat bermakna . Disini Allah mengizinkan saya merasai semula pertautan yang kuat yang telah sekian lama saya merinduinya. Syukur pada Allah dibumi Shefield ini saya merasainya kembali.

Disini saya diperkenalkan dan dibawa kedalam usrah oleh seorang sahabat. Pada awal perkenalan, dia selalu mengajak saya dan suami makan-makan dirumahnya..lauk yang dia hidangkan yang masih saya ingat adalah ayam masak lemak cili api dan sedikit kuih bakar, kebetulan kami memang menggemarinya. Maka bermulalah serba sedikit saya mengenali dia dan dia mengenali saya. Kami sebaya tetapi dia lebih senior didalam tarbiyyah dan dakwah.

Masih tercatat didalam diari lama yang masih saya simpan, didalam ruangan kalendar 19 Novembar 2007 tercatat tulisan saya iaitu 1st time usrah. Dan apabila saya selak helaian seterusnya tercatat nota saya yang pertama..

19/11
usrah
Huraian Surah Al Furqan ayat 63-77
Ciri-ciri seorang Hamba Allah
1. berjalan diatas bumi dengan rendah hati
2.Apabila orang-orang jahiliyyah menyapa mengucapkan kata-kata yang baik
3. Malam hari bersujud dan berdiri untuk Allah
.
.
16. Bersabar


Sejak dari itu dialah naqibah saya yang mendidik dan membentuk saya kearah yang lebih baik . Personaliti ..dia seorang yang garang dan sentiasa bersemangat didalam usrah dan tidak pernah jemu-jemu menasihati anak-anak usrahnya tentang tarbiyyah dan dakwah.

"sokmo saya yang telefon awak..awak ni..tapi awak takder kredit takperlah.." itulah kata-kata dia apabila ada perkara yang dia risaukan dan perlu berbincang dengan saya. Dia tidak pernah jemu mengingatkan saya jika ada perkara yang saya terlepas pandang. Terima kasih sahabatku.

Hakikat sebuah persahabatan tidak semuanya indah belaka..pastinya ada terkecil hati atau terkasar bahasa, namun sikap berlapang dada dan bermaaf-maafan dan berfikir setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan membuatkan persahabatan kami terus kekal abadi.



gambar ni mak naqibah bagi:), salah satu kesukaannya berkreatif dengan gambar ;)

Semalam yang bertarikh 8 April 2009 adalah hari terakhir dan bermakna selama 1 tahun 5 bulan dia menjadi naqibah saya...sayu rasa dihati anak-anak usrahnya.
Pengisian yang terakhir daripadanya adalah tentang Hadith ke 18 iaitu Taqwa dan Berakhlak Mulia. Dan diakhir pertemuan saya semalam dia memberi sedikit pesanan

"Saya harap awak semua lebih baik daripada saya."

"Jika kita berjauhan dan bila dah balik Malaysia nanti selalulah contact antara satu sama lain..jangan biarkan sahabat kita leka, hanyut dan jauh dari tarbiyyah dan dakwah."

"Saya sayang kamu semua kerana Allah." kata-kata terakhir dia kepada kami.

Syahdunya rasa dihati saya dan kemudian dia keluarkan satu persatu hadiah dari begnya yang saya fikir setiap hadiah adalah mengikut personaliti dan minat anak-anak usrah dia. Dan ini adalah hadiah yang saya terima..sebuah nota kecil:)

hadiah terakhir

Ada satu peristiwa yang tidak dapat saya lupa, iaitu dalam satu majlis tukar-tukar hadiah..setiap kami dikehendaki mencabut nama..dan bila tiba giliran saya...saya telah mendapat nama naqibah saya..Dan tanpa diduga bila tiba giliran dia untuk mencabut nama...dia telah mencabut nama saya..:)
Ada seorang kakak cakap kami berdua macam ada chemistery..:)

Jazakallahu khairan kasira dan uhibbukifillah sahabatku, semoga kita bersama teguh dijalan ini.

Sang Murabbi

Wednesday 1 April 2009

Belajar membaca..

Pengalaman yang best kat UK ni ialah banyak aktiviti untuk ibu bapa secara percuma. Semalam adalah minggu terakhir saya mengikuti Family Learning - Reading Matters Course selama 12 minggu anjuran Greenland School. Kursus ni hanya untuk ibu bapa yang anak-anak dalam nursery dan reception. Bagi yang nursery anak-anak berumur 3 tahun dan reception anak-anak berumur 5 tahun.

Banyak ilmu yang saya dapat...terutamanya saya tahu bagaimana pengajaran dan pembelajaran anak-anak di UK. Jika dibandingkan di Malaysia anak-anak di UK yang berumur 3-6 sangat seronok ke sekolah dan mereka sangat kreatif dan yakin diri yang sangat tinggi. Mereka boleh mengeluarkan pendapat dan rasa tidak setuju pendapat orang dewasa secara terus tanpa takut-takut. Begitulah mereka dengan cikgu di sekolah..macam kawan-kawan. Itu secara positif mereka sangat yakin dan tetapi ibu bapa disini juga kena imbangkan ..disebabkan terlalu tinggi keyakinan dia.. mereka tidak ada rasa hormat dengan orang lebih tua.

Pada saya peluang disini adalah mengutip pengalaman dan ilmu yang baik untuk diamalkan dan di sempurnakan dengan kehendak Islam.
Pada awalnya suami tak berapa setuju...

"orang datang UK buat master ke phD, mama buat sijil tadika" kata suami saya.

saya hanya tersenyum..pada saya ilmu tu luas tak semestinya Master atau phD, tapi yang bernilai adalah pengalaman ilmu yang tidak boleh dicari dimana-mana.

Tujuan utama saya mengikuti kursus pendek ini adalah untuk tahu dan saya tidak ketinggalan dengan ilmu yang jannah dapat disekolah. Dan pastinya pembelajaran anak-anak pada masa sekarang adalah jauh beza dengan 30 tahun yang lepas. Jadinya inilah cabaran bagi saya...dan serba sedikit saya dapat membantu jannah di rumah.

Selain daripada tu saya belajar skill bagaimana membaca buku cerita dengan lebih menarik. Jadinya serba sedikit kena memahami maksud gaya penyusunan gambar-gambar di didalam buku dan perkataan-perkataan yang ditulis. Contohnya..jika perkataan itu di bold..intonasi kena tekankan kat perkataan tu..contohnya jika gambar tu di pecah-pecahkan..intonasi kena satu demi satu..bagi suspend. Selain daripada itu juga saya belajar bagaimana bacaan secara phonics. Serba sedikit jika jannah baca secara phonics ia menjadi tidak pelik bagi saya..:)

Saya juga berpeluang buat sendiri permainan dan dibawa balik.

"Mama..cikgu mama bagi apa hari ini ?" tanya jannah.

Itulah soalan setiap kali dia tahu saya ada kelas di Rainbow Room yang terletak dibelakang kelas jannah. Jannah sangat suka jika saya buat permainan untuk dia.

"I have made a new game this morning..hard one" me said.

"Let me try"..jannah said.

Beberapa minit kemudian..

"mama..look..done..it is very easy mama.."..:)

jannah yang tak nak mengalah...:)

Sangat menarik jika kita tahu dan anak-anak pun boleh baca buku cerita walaupun dia tak tahu membaca...bagaimana? Daripada kursus inilah saya dapat tahu teknik bercerita melalui gambar...jadinya bukan saja-saja gambar tu diletak di setiap muka surat.

Kita marah anak-anak tengok tv lama-lama..tapi pernah tak kita cuba fikirkan bagaimana nak buat membaca lebih seronok berbanding tengok tv..??
Itulah cabarannya kita sebagai ibu bapa..kena juga kreatif.

Jom..cuba baca cerita ni..jika anda dapat membacanya..hehehe..anda memang genius..:) jika tidak suruh anak anda baca..:)

Walaupun kursus ini tentang Reading Matters..daripada ilmu selama 12 minggu ni saya juga boleh praktikkan dalam pembelajaran IQRA' dirumah..:) boleh main game daripada buku iQRA'.

Di dalam kursus itu juga kami berpeluang bersama-sama anak-anak ke Muzium Sheffield. Istimewanya lawatan ini adalah hanya untuk ibu bapa yang mengikuti kursus ini sahaja dan anak-anak dibenarkan dibawa keluar dalam waktu sekolah..secara percuma.
Dapat keluar berjalan-jalan memang menyeronokkan bagi jannah dan kawan-kawannya.
Diantara pameran yang ada disana adalah pameran haiwan..seperti musang, beruang, buaya yang diawet. Banyak benda yang ditanyanya, antara soalan lazim..


"Is it real mama?":)





Manfaatkan ruang dan peluang yang ada selagi nyawa dikandung badan..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...