Tuesday 24 February 2009

nota..Akidah

Dari mana?

Nota ini adalah berkaitan akidah. "Perkara asas dan tersangatlah penting!"...kata Ustaz W, masih terngiang-ngiang nada suara ustaz mengingatkan kami. "Jika akidah tidak selesai maka perkara lain tidak akan selesai. Ini melibatkan syurga dan neraka...."

Sebahagian daripada point ceramah ustaz:

Sebagai peringatan dan sangat berkait daripada ayat diatas adalah peristiwa tsunami...Allah bagi peringatan depan mata kita...adakah kita lupa..????


My Video

2 minggu lepas saya bertungkus lumus membuat video untuk kumpulan postgrad sheffield. Saya tidak berkesempatan nak masuk sebab pergi jalan-jalan cari ilmu..:). Mereka akan bertanding dalam pertandingan nasyid seluruh pelajar UK NISE2009.
Alhamdulillah mereka menang BEST PEFORMANCE..:)
Semoga mesej Islam tersebar luas.

Inilah dia hasil video yag saya buat..yang sebenarnya tak expert pun...he3..tapi dah minat..i luv to try.. Nasyid Pelestin Tercinta n MY Mother...
Saya share video Palestin Tercinta...selamat menonton..


Monday 23 February 2009

Happy Birthday Jannah..

Special birthday card for Jannah..:) Happy birthday Jannah...yg ke-5,

Wednesday 18 February 2009

Kenali potensi diri

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat semasa pms tahun lalu. Saya ada catit beberapa perkara. Hari ni saya akan pindahkan salah satu catatan saya ke blog ini sebelum ia hilang..:), iaitu berkaitan potensi diri yang sangat menarik pada saya. Sejak bergelar ibu..buku nota saya tidak akan bertahan lama..sebabnya buku saya adalah buku jannah jua...:)..setiap selang muka surat pasti ada tulisan dan lukisan jannah...kekadang tu saya bawa jer buku spare untuk dia tapi buku saya juga yang dia nak.."mama nak kertas..mama nak pen..". Jika tidak dibagi akan diulang2..sampai saya terpaksa merelakan helaian kertas kosong dikoyak daripada buku dan bagi pada jannah. Tapi begitulah lumrah menjadi ibu..:) sabar sentiasa. Moga-moga bila dah besar jannah juga akan rajin mendengar dan menulis..:)

Jika kita lihat pada tajuk biasanya kita kan terbayang penceramah motivasi dan buku-buku motivasi berceramah berkaitan dengannnya. Tetapi nota saya ini yang menjadi menarik berkaitan tajuk ini adalah berasaskan sirah Nabi ;)...seperti apa yang disampaikan oleh Dr. T, dalam sistem tarbiyyah nabi Muhammad S.A.W adalah mengenali potensi diri dalam diri setiap sahabat dengan tujuan menghasilkan keperibadian yang berbeza-beza dan ternyata keunggulannya dalam setiap posisi demi untuk mengajak manusia kepada Islam. Kenali sahabat dan diantara 7 sahabat yang disebut dalam sebuah hadith



Pada saya point ini yang menarik, selepas daripada talk Dr. T, saya bertambah minat ingin mengetahui dan membaca kisah Rasulullah dan sahabat-sahabat sebagai contoh akhlak yang terbaik dan teladan dalam hidup. Selain itu setiap diantara kita ada potensi dan bakat masing-masing...dan semestinya kita gunakan bakat dan kelebihan yang kita ada, kita salurkan untuk Islam. Contohnya jika pandai menyanyi kita sampaikan dengan nasyid, jika berbakat menulis kita jadi penulis yang dapat membawa pembacanya kepada Islam yang sebenar, jika berbakat menjadi pemimpin jadi ketua untuk mempengaruhi orang lain kearah kebaikan dan sesungguhnya terlalu banyak sumbangan yang boleh kita salurkan untuk Islam. Dan juga sebagai peringatan janganlah kita sombong dengan bakat yang kita ada kerana semua itu daripada Allah, dan Allah juga boleh menariknya pada bila-bila masa. Dan janganlah dipersia-siakannya.

"Searching For Excellent"

ni Scrapbook..

Click to play
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
Make a Smilebox scrapbook

Tuesday 17 February 2009

Just 4 Jannah

saya tak tahu kenapa suka sangat duduk depan pc..especially guna software berkaitan photo editor. Sebenarnya masa surfing2 jumpa satu blog..http://teresabelle.blogspot.com, mcm best jer ..tu yg nak cuba tu...;), untuk menghilangkan rasa bosan...ish2.
nilah hasil trial berkreatif menggunakan Adobe Photoshop Elements..byk lg nak kena explore...


Monday 9 February 2009

Winter time 2009



Today, I try to make slide presentation with picasa..the result is not bad..;)

watch it..


Sesi bergambar..Snow09






Friday 6 February 2009

Air Mata Keinsafan

Masa saya pergi satu program disini...seorang penceramah dan juga sahabat yang saya kasihi, buka nasyid ni. Rasa sayunya, saya teringat pada seorang sahabat yang hadiahkan saya lagu ni 7 tahun yang lalu.



Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di sepertiga malam
Dari seorang hamba yang dhaif
Kerana mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan

Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian sirat
Syurga abadi

Thursday 5 February 2009

Snow..



Februari 2 2k9, saat-saat yang ditunggu untuk melihat kurniaan yang Maha Pencipta lagi Maha Berkuasa sampai jua akhirnya. Merasa salji turun dan menyapa pipi adalah saat-saat yang sangat indah, takjub dan bersyukur atas ciptaan-Nya.Rasa gembira di hati,mengukirkan senyuman dibibir pada setiap orang dipagi itu. ..:)




Hari Pertama 2/2/2k9


main snow ball..kat sekolah


ready...

Monday 2 February 2009

Akhlak part 1

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih,

Alhamdulillah ..alhamdulillah..alhamdulillah..

Dua hari lepas dengar kuliah dalam satu program...tajuknya simple dan selalu pun didengar dan belajar sejak dari sekolah rendah lagi. Tetapi saya rasa itulah yang sukar diamalkan iaitu tentang akhlak Islam.

Masa program tu...seorang tua yang lembut dan jernih air mukanya berbangsa dan berasal dari Gaza dan telah menetap di bumi UK, membuka bicara tentang akhlak Islam. Akhlak Islam terlalu banyak untuk disenaraikan..meliputi segala-galanya dalam kehidupan manusia.

Tetapi ada satu cerita yang ia kongsikan...cerita bagaimana sahabatnya memeluk Islam di bumi UK. Bisanya setiap yang memeluk Islam pasti ada cerita disebaliknya tidak kira sama ada mencari, melihat atau mendengar. Cerita sahabatnya ini seorang warga Britain yang hidupnya memang tidak pernah nak ambil tahu dan lagilah nak belajar tentang Islam jauh sekali. Hidupnya seperti orang UK lain..dan juga bukan pengamal Kristian. Tetapi disebelah rumahnya tinggal seorang tua yang berasal dari tanah arab dan beragama Islam. Orang tua ini setiap minggu bila ada lori sampah datang dialah tarik dan tolak tong sampah hijau bukan setakat dia punya tetapi mat saleh ni punya sekali. Selepas tu jika dia bersihkan kawasan rumah dia akan sapukan sekali kawasan rumah mat saleh ni. Begitulah setiap hari, sampai mat saleh ni ingat mesti dia inginkan bayaran. Dan suatu hari mat saleh ni cakap kat orang tua ni berhentilah daripada buat benda-benda ni sebab dia takkan beri apa-apa bayaran. Kemudian orang tua tu cakap..Tidak, aku tidak mengharapkan bayaran..semua ini nabiku yang telah mengajarkan kepadaku supaya membantu 40 jiran di kiri kanan depan belakang, apatah lagi kamu yang jiran disebelah. Kemudian mat saleh itu bertanya siapa nabi kamu? Kemudian lelaki tua berkata nabi Muhammad s.a.w. Maka mulalah titik permulaan lelaki itu mencari dan membaca siapa dia Muhammad dan izin Allah dia memeluk agama Islam.

Kemudian penceramah terangkan..Islam tersebar di merata Asia (sebabnya kami dari malaysia) bukanlah sebab kerana jihad seperti di tanah arab dan eropah, tetapi Islam tersebar kerana akhlak Islam yang ditunjukkan oleh penganutnya.

Bila mendengar jer cerita ni ..saya seperti tersedar daripada mimpi, yakin besarnya kesan akhlak ni pada manusia. Besarnya kesan akhlak dan sebenarnya akhlak juga medium untuk berdakwah. Jika kita tidak ada kekuatan untuk berceramah mengajak orang kepada Islam dengan akhlak kita pun boleh mengajak orang kepada Islam sebenarnya. Itupun sebenarnya diperintahkan oleh Allah kepada kita :

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri.”


p/s kita adalah duta Islam...jangan sampai kerana akhlak buruk kita kesucian Islam tercemar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...